Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 24 Dis (Livevartha) –Bursa Malaysia dibuka tinggi pada ini,menjejaki pergerakan positif prestasisemalaman Wall Street, kata seorang penganalisis.
Pada pukul 9.07pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.56mata kepada 1,598.76daripada 1,596.20pada Isnin.
Indeks petunjuk pasaran memulakan hari dengan naik 0.44mata kepada 1,596.64.
Suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 149berbanding 131, sebanyak 292kaunter kekal tidak berubah, 1,851tidak diniagakan dan sembilandigantung.
Jumlah dagangan sebanyak 125.63juta unit bernilai RM70.83juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkataEkuiti Amerika Syarikat (AS) ditutup lebih tinggi walaupun dibuka rendahkerana peniaga yakin dengan kenaikanketika musim perayaan Krismas dalam persekitaranminggu dagangan yang singkat.
Di peringkat tempatan, Thong berpendapat bahawaFBM KLCI membuat percubaan untuk menembusi paras 1,600 semalam tetapi tidak berjaya, berkemungkinan disebabkan aktiviti jualan asing dalam pasaran tempatan.
“Bagaimanapun, tekanan jualan nampaknya berkuranganseperti ditunjukkan menerusivolum dagangan harian rendah iaitu hanya 2.4 bilion saham.