Home Nasional PDRM laksana Op Lancar
Nasional

PDRM laksana Op Lancar

PDRM laksana Op Lancar

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri

KUALA LUMPUR, 23 Disember- Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan Op Lancar sempena perayaan Krismas dan sambutan tahun baharu bermula Isnin hingga 2 Januari.

Ini bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya sekali gus mengurangkan kesesakan menerusi tindakan penyuraian di laluan utama seluruh negara.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, menerusi kenyataan memaklumkan, seramai 2,752 petugas diseluruh negara ditugaskan sepanjang pelaksanaan OP Lancar.

Pihaknya turut mengambil maklum peningkatan jumlah kenderaan yang dijangkakan PLUS Malaysia Berhad.

Justeru, orang ramai disaran untuk memastikan keselamatan di jalan raya sepanjang tempoh cuti persekolahan dan perayaan Krismas.

Dalam pada itu, beliau meminta semua pihak merancang perjalanan dan sentiasa peka dengan keadaan persekitaran termasuk cuaca serta maklumat aliran lalu lintas sebelum memulakan pergerakan bersama keluarga.

Pihak majikan dan pemandu kenderaan perdagangan turut digalakkan merancang pergerakan dengan mengutamakan penggunaan jalan persekutuan dan jalan negeri.

Ini bagi mengurangkan kesesakan di lebuh raya utama di seluruh negara.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....