Home Nasional Malaysia, Bahrain komited perkukuh kerjasama dua hala
Nasional

Malaysia, Bahrain komited perkukuh kerjasama dua hala

Malaysia, Bahrain komited perkukuh kerjasama dua hala

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 23 Disember- Malaysia dan Bahrain komited perkukuh kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, demi memupuk masa depan yang lebih makmur serta berdaya tahan.

Komitmen itu dizahirkan Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua dua negara.

Menerusi kenyataan bersama dikeluarkan Kementerian Luar, Malaysia dan Bahrain berjanji untuk memanfaatkan platform sedia ada seperti Jawatankuasa Tinggi Kerjasama Dua Hala bagi mempergiat kerjasama, meneroka peluang baharu, menggalakkan inovasi serta menangani cabaran global terkini.

Kenyataan turut menyebut, Malaysia – Bahrain turut komited untuk memperkukuh kolaborasi merentasi pelbagai bidang berkepentingan bersama.

Tekad itu demi masa depan lebih makmur dan berdaya tahan, seterusnya menyumbang kepada kestabilan serta pembangunan kedua-dua negara.

Selain memperkukuh peranan dalam mempromosikan keselamatan, keamanan serta pembangunan mampan di peringkat serantau dan antarabangsa.

Kedua dua negara turut beraspirasi untuk kolaborasi lebih mendalam berkaitan sektor perbankan dan kewangan Islam, pembuatan, pengangkutan, pembuatan produk halal, keselamatan makanan, hab logistik, teknologi maklumat dan komunikasi, pelancongan, kebudayaan dan pendidikan, alam sekitar, serta tenaga boleh diperbaharui.

Menurut kenyataan itu lagi, Bahrain dan Malaysia mengiktiraf kemajuan signifikan yang dicapai dalam sektor politik, ekonomi, kebudayaan serta sosial bawah kepimpinan Raja Hamad Isa Al Khalifa dan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Dalam pada itu, Malaysia dan Bahrain juga komited memperkukuh kerjasama multilateral antarabangsa melalui peranan aktif mereka dalam organisasi antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Pengukuhan hubungan Malaysia-Bahrain dicerminkan melalui beberapa perkembangan utama, termasuk penubuhan Jawatankuasa Tinggi Bersama bagi Kerjasama Dua Hala pada 2001, diikuti pembukaan Kedutaan Besar Malaysia di Manama pada 2003, mesyuarat rasmi pertama jawatankuasa itu pada 2013 dan pembukaan Kedutaan Bahrain di Kuala Lumpur pada 2017.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....