Home Ekonomi Bursa Malaysia cari CEO baharu
Ekonomi

Bursa Malaysia cari CEO baharu

Bursa Malaysia cari CEO baharu

MUHAMMAD UMAR SWIFT

PETALING JAYA: Bursa Malaysia Bhd. mengesahkan dalam proses untuk mencari Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu bagi menggantikan Datuk Muhamad Umar Swift.

Menurut maklumannya di pasaran saham hari ini, Bursa Malaysia mempunyai rancangan pembangunan bakat dan pelan penggantian yang merangkumi calon dalaman dan luaran sebagai pemimpin masa depan syarikat.

“Sehubungan itu, Lembaga Pengarah Bursa Malaysia melalui Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan kini sedang melaksanakan proses penggantian CEO.

“Pengumuman akan dibuat oleh syarikat apabila perkara ini dimuktamadkan,” katanya.

Makluman di pasaran saham tersebut dibuat susulan laporan media sebelum ini mendedahkan Muhamad Umar yang merupakan CEO dan Pengarah Eksekutif Bursa Malaysia, sedang mempertimbangkan untuk meninggalkan kumpulan.

Laporan tersebut mendakwa, jawatan beliau mungkin akan diisi oleh Datuk Fad’l Mohamed yang kini menjadi Pengarah Urusan Perbankan Borong Kumpulan di RHB Bank Bhd.

Muhamad Umar dilantik sebagai CEO Bursa Malaysia pada 11 Februari 2019 bagi menggantikan Datuk Seri Tajuddin Atan.

Sebelum mengetuai Bursa Malaysia, beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Urusan Kumpulan di MAA Group Bhd, selain memegang jawatan CEO Malaysian Assurance Alliance Bhd (kini dikenali sebagai Zurich Insurance Malaysia Bhd).

Beliau juga pernah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Gas Malaysia Bhd serta Ketua Kumpulan Perkhidmatan Kewangan Perusahaan di Maybank sebelum menyertai MAA Group.-UTUSAN

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....