Thursday , 26 December 2024
Home Ekonomi Honda, Nissan sasar muktamad rundingan penggabungan pada Jun 
Ekonomi

Honda, Nissan sasar muktamad rundingan penggabungan pada Jun 

Honda, Nissan sasar muktamad rundingan penggabungan pada Jun 

TOKYO: Honda Motor Co. dan Nissan Motor Co. menyasarkan untuk memuktamadkan rundingan penggabungan mereka pada Jun ini, lapor agensi berita Kyodo memetik sumber yang mengetahui perkara itu.

Kedua-dua pembuat kereta utama Jepun itu dijangka mengumumkan permulaan perbincangan mengenai penggabungan berkenaan pada hari ini, yang akan membentuk kumpulan pengeluar kereta ketiga terbesar dunia dari segi jumlah pengeluaran.

Honda dan Nissan, pengeluar kereta kedua dan ketiga terbesar Jepun dari segi jumlah pengeluaran, masing-masing dijangka beroperasi di bawah sebuah syarikat induk, dengan Mitsubishi Motors Corp, rakan kongsi Nissan, turut mempertimbangkan untuk menyertai mereka.

Lapor agensi Kyodo tersebut, langkah itu bertujuan meningkatkan daya saing kos dan meneroka pasaran kenderaan elektrik (EV) yang kini dikuasai oleh pesaing dari Amerika Syarikat (AS) dan China.

“Honda dan Nissan akan berusaha untuk berkongsi kos pembangunan yang tinggi dan mengurangkan perbelanjaan pengeluaran dengan menggunakan komponen yang sama.

“EV merupakan satu daripada segmen paling kritikal untuk pertumbuhan kerana elektrifikasi mengubah landskap industri automotif global,” katanya dalam laporan tersebut. 

Honda dan Nissan bersetuju pada Mac untuk melancarkan kajian kebolehlaksanaan mengenai perkongsian pengeluaran EV strategik, termasuk pembangunan teknologi perisian berkaitan, bagi mengurangkan kos dan meningkatkan daya saing.

Sementara itu, sumber Reuters berkata, Honda dan Nissan menyasarkan untuk memuktamadkan perjanjian itu menjelang Jun 2025 dan menubuhkan syarikat induk pada Ogos 2026, apabila sahamnya akan disenaraikan, manakala Honda dan Nissan akan nyah senarai.

Honda akan melantik majoriti lembaga pengarah syarikat induk itu, termasuk ketuanya, tambah sumber itu.

Penyepaduan dua jenama Jepun itu akan menandakan pembentukan semula terbesar dalam industri automotif global sejak Fiat Chrysler Automobiles dan PSA bergabung pada 2021 untuk mencipta Stellantis dalam perjanjian AS$52 bilion (RM233.5 bilion).-AGENSI

Related Articles

PNB komited tingkat simpanan, pelaburan pelanggan
Ekonomi

PNB komited tingkat simpanan, pelaburan pelanggan

KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Bhd. (PNB) menyasarkan untuk meningkatkan aset di bawah...

Dividen ASB 5.75 sen seunit, tertinggi dalam lima tahun
Ekonomi

Dividen ASB 5.75 sen seunit, tertinggi dalam lima tahun

PETALING JAYA: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan yang tertinggi...

Ekonomi

Niaga hadapan MSM ditutup bercampur-campur

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 24 Disember- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM)...

Ekonomi

Trend positif pasaran ekuiti dorong dividen ASB tertinggi sejak 2018

Ketua Perhubungan Pelabur Strategi Korporat MBSB, Azharuddin NordinKUALA LUMPUR, 24 Disember –...