Home Ekonomi Bursa Malaysia bakal lantik CEO baharu
Ekonomi

Bursa Malaysia bakal lantik CEO baharu

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 23 Disember- Bursa Malaysia Bhd mengesahkan, proses mencari pengganti Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Muhammad Umar Swift sedang dilaksanakan.

Pelan pembangunan bakat dan penggantian akan dilakukan, dengan mempertimbangkan calon dalaman dan luar sebagai pemimpin berpotensi bagi syarikat.

Justeru, Lembaga Pengarah Bursa Malaysia menerusi jawatankuasa pencalonan dan saraan, sedang dalam proses memulakan penggantian Ketua Pegawai Eksekutif.

Media sebelum ini melaporkan, Muhamad Umar yang juga Pengarah Eksekutif Bursa Malaysia, sedang mempertimbangkan untuk melepaskan jawatannya.

Related Articles

Ekonomi

MGA galak pembelian barang kemas sebagai pelaburan jangka panjang

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 26 April- Persatuan Emas Malaysia (MGA) menyarankan orang ramai...

Ekonomi

Pelabur AS kekal komited, perkukuh aspirasi Malaysia jadi hab semikonduktor global

FOTO FB Tengku ZafrulKUALA LUMPUR, 26 April- Walaupun berdepan cabaran geopolitik dan...

Ekonomi

Malaysia perkukuh peranan sebagai hab halal global di Expo Osaka 2025

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 26 April- Malaysia kekal komited memperkukuh kerjasama antarabangsa serta...

Ekonomi

Pasaran getah kekal lengang, peniaga tumpu tambah stok minggu depan

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 26 April – Pasaran getah Malaysia dijangka...