Home Nasional Mayat anggota polis lemas di tali air, ditemukan
Nasional

Mayat anggota polis lemas di tali air, ditemukan

Mayat anggota polis lemas di tali air, ditemukan

FOTO FAIL

IPOH, 23 Disember – Anggota polis yang hilang selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi di tali air di Jalan Utama Changkat Lada, di Kampung Gajah ditemukan lemas pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad dalam kenyataan berkata, mayat Muhammad Taufik Sayuti, 39berusia 39 tahun itu dijumpai di sekitar tebing kira-kira 3.04 meter dari Pos Kawalan Bomba (PKB) pada 4.55 pagi oleh anggota yang bertugas.

\”Mangsa lemas telah dinaikkan dengan menggunakan bucket stretcher, tali webbing dan tali menyelamat. ayat telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,\” katanya.

Semalam, Sabarodzi memaklumkan seorang anggota polis berpangkat Koperal dikhuatiri lemas akibat dihanyutkan air deras semasa mandi bersama rakannya di kawasan berkenaan.

Sabarodzi memaklumkan mangsa yang bertugas di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah itu baru selesai menghadiri majlis perjumpaan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changkat Lada.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....