Home Nasional 2024: Kerajaan Madani laksana pelbagai rancangan strategik, lonjak ekonomi negara
Nasional

2024: Kerajaan Madani laksana pelbagai rancangan strategik, lonjak ekonomi negara

2024: Kerajaan Madani laksana pelbagai rancangan strategik, lonjak ekonomi negara

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 22 Disember-Kerajaan Madani telah melaksanakan pelbagai perencanaan strategik untuk melonjakkan ekonomi negara sepanjang 2024.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata inisiatif ini bertujuan untuk memastikan kemakmuran yang berpanjangan dapat dinikmati oleh rakyat dan negara.

Menerusi \’Sorotan 2024: Melonjak Ekonomi, Melimpah Kemakmuran\’, Perdana Menteri berkongsi beberapa inisiatif dan pencapaian negara.

Antara pencapaian adalah pelaburan ekonomi digital yang menyaksikan pelaburan digital diluluskan bernilai RM254.7 bilion bagi tempoh Januari hingga September tahun ini yang mewujudkan 159,000 pekerjaan.

Syarikat teknologi gergasi yang melabur di Malaysia antaranya, Microsoft bernilai RM10.5 bilion, NVIDIA dan YTL pula RM20 bilion dan Oracle RM27 bilion

Menerusi hantaran di laman Facebook ini juga, kerajaan turut memfokuskan kepada pembangunan tenaga hijau menerusi pelancaran Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian di Perak.

Turut dikongsikan Datuk Seri Anwar adalah Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera atau PUTERA35 dan juga Pelan Induk Kerjasama Awam-Swasta atau PIKAS 2030.

Beliau menekankan betapa pentadbirannya akan terus bekerja keras di tahun mendatang bagi memacu masa depan yang lebih sejahtera untuk rakyat dan negara.

Related Articles

JIM Johor hantar pulang 224 tahanan warga asing
Nasional

JIM Johor hantar pulang 224 tahanan warga asing

FOTO JIM JOHORJOHOR BAHRU, 12 Januari- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menghantar...

Hujan berterusan (bahaya) dijangka di Pahang & Johor
Nasional

Hujan berterusan (bahaya) dijangka di Pahang & Johor

Foto FailPETALING JAYA, 12 Januari– Hujan sangat lebat berterusan kategori bahaya dijangka...

Ziarah Kasih: JPKKP bantu 650 keluarga di Padang Besar tahun lalu
Nasional

Ziarah Kasih: JPKKP bantu 650 keluarga di Padang Besar tahun lalu

FOTO RTMBESERI, 12 Januari- Selepas setahun menerajui kepimpinan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan...

Lebih 130 pelatih sukarela PLKN 3.0 mulakan latihan hari ini
Nasional

Lebih 130 pelatih sukarela PLKN 3.0 mulakan latihan hari ini

FOTO BERNAMAKUALA LUMPUR, 12 Januari- Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bermula...