Home Ekonomi Langkah interim BNM bantu imbangi kos penjagaan kesihatan
Ekonomi

Langkah interim BNM bantu imbangi kos penjagaan kesihatan

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 22 Disember – Langkah interim yang diperkenalkan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk pemegang polisi insurans dan takaful dijangka mampu membantu rakyat mengurus kos penjagaan kesihatan dengan lebih baik.

Presiden Persatuan Ekonomi Kesihatan, Profesor Emeritus Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid berpandangan kawalan terhadap kadar premium memberi masa kepada kerajaan untuk merangka penyelesaian jangka panjang.

“Penggubalan undang-undang juga perlu diubah bagi membolehkan kaedah pengiraan risiko dalam menentukan premium oleh industri insurans dan takaful ditukar daripada risk rating kepada community rating.

“Jika kita menggunakan kaedah community rating, seperti amalan terbaik di negara-negara Eropah dan negara maju lain, kadar premium mungkin dapat dikawal kepada kurang daripada lima peratus,” katanya kepada RTM.

Beliau juga mencadangkan pemberian insentif kepada hospital untuk melaksanakan kaedah pembayaran Diagnosis Related Group (DRG), yang dijangka meningkatkan pemantauan kos dan ketelusan caj kepada pesakit.

Sebelum ini, BNM mengumumkan beberapa langkah interim untuk mengurangkan beban kewangan pemegang polisi insurans, sejajar dengan usaha memperbaiki sistem penjagaan kesihatan negara.

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....