Thursday , 2 January 2025
Home Ekonomi Inflasi Malaysia meningkat 1.8 peratus pada November 2024
Ekonomi

Inflasi Malaysia meningkat 1.8 peratus pada November 2024

Inflasi Malaysia meningkat 1.8 peratus pada November 2024

RESTORAN antara penyumbang kepada kenaikan kadar inflasi. – GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA: Inflasi Malaysia meningkat 1.8 peratus pada November 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.3 berbanding 130.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, ia didorong oleh peningkatan lebih perlahan bagi kumpulan utama kesihatan (1.2 peratus) dan pengangkutan (0.4 peratus).

“Inflasi makanan dan minuman meningkat pada kadar lebih tinggi 2.6 peratus berbanding 2.3 peratus pada bulan Oktober 2024.

“Selain itu, kumpulan utama perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain turut menunjukkan peningkatan lebih tinggi pada November 2024, 3.2 peratus (Oktober 2024: 3.1 peratus).

“Inflasi maklumat dan komunikasi terus menurun kepada negatif 3.9 peratus pada November 2024 (Oktober 2024: -1.7 peratus) disebabkan penurunan inflasi subkumpulan utama perkhidmatan maklumat dan komunikasi pada negatif 4.4 peratus (Oktober 2024: -1.8 peratus).

“Pakaian dan kasut kekal berada dalam jajaran negatif iaitu negatif 0.3 peratus (Oktober 2024: -0.2 peratus),” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, penjagaan diri, perlindungan sosial dan, pelbagai barangan dan perkhidmatan (3.4 peratus), restoran dan perkhidmatan penginapan (2.8 peratus), rekreasi, sukan dan kebudayaan (2.0 peratus).

“Selain itu, pendidikan (1.5 peratus), minuman, alkohol dan tembakau (0.8 peratus), hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (0.5 peratus), dan insurans dan perkhidmatan kewangan (0.5 peratus) meningkat pada kadar yang sama seperti bulan sebelumnya.

“Inflasi bahan api diesel dan petrol tanpa plumbum RON97 masing-masing kekal pada kadar yang sama seperti bulan sebelumnya iaitu 15.0 peratus dan negatif 8.1 peratus.

“Purata harga diesel di Semenanjung Malaysia adalah RM2.95 seliter berbanding RM2.15 seliter pada November 2023 (Oktober 2024: RM2.95).

“Sementara itu, purata harga diesel bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan kekal pada RM2.15 seliter. Harga runcit petrol tanpa plumbum RON97 pada November 2024 adalah pada RM3.19 seliter berbanding RM3.47 seliter pada November 2023 (Oktober 2024: RM3.19),” katanya.

Mohd. Uzir berkata, inflasi keseluruhan secara bulanan pada November 2024 menurun 0.1 peratus berbanding Oktober 2024.

“Ini merupakan merupakan penurunan kali pertama semenjak Ogos 2021 yang didorong oleh inflasi kumpulan utama Maklumat & Komunikasi (-2.3 peratus), diikuti oleh inflasi Pengangkutan (-0.2 peratus) dan, pakaian dan kasut (-0.1 peratus).

“Sementara itu, inflasi teras meningkat dengan kadar yang sama, 1.8 peratus pada November 2024 berbanding Oktober 2024.

“Peningkatan ini didorong oleh kumpulan utama makanan dan minuman (3.7 peratus), penjagaan diri, perlindungan sosial dan, pelbagai barangan dan perkhidmatan (3.4 peratus) serta restoran dan perkhidmatan penginapan (2.8 peratus),” katanya. – UTUSAN

Related Articles

TikTok, WeChat penyedia media sosial pertama dapat lesen, manakala X, Google belum mohon
Ekonomi

TikTok, WeChat penyedia media sosial pertama dapat lesen, manakala X, Google belum mohon

LOGO TikTok dipaparkan di pejabat syarikat aplikasi media sosial di Culver City,...

FBM KLCI dijangka cecah 1,700 mata tahun ini
Ekonomi

FBM KLCI dijangka cecah 1,700 mata tahun ini

SEKTOR yang dijangka memacu pertumbuhan dalam pasaran tempatan termasuklah perbankan, tenaga, perladangan,...

PKS disaran kembang perniagaan di rantau ASEAN
Ekonomi

PKS disaran kembang perniagaan di rantau ASEAN

WILLIAM NGPETALING JAYA: Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu mengambil manfaat sempena...

Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka menyederhana pada 2025
Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka menyederhana pada 2025

EKONOMI Malaysia dijangka berkembang secara sederhana antara 4.2 hingga 4.6 peratus pada...