Home Ekonomi Niaga hadapan MSM susut hari kelima berturut-turut, eksport lemah
Ekonomi

Niaga hadapan MSM susut hari kelima berturut-turut, eksport lemah

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 20 Disember– Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan penyusutan pada hari kelima berturut-turut berikutan kebimbangan mengenai eksport yang lemah, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Beliau berkata penurunan harga minyak kacang soya turut menyumbang kepada tekanan menurun harga MSM.

“Kami mengesan paras sokongan pada RM4,350 satu tan dan rintangan pada RM4,600 satu tan,” katanya kepada Bernama.

Pada penutupan dagangan, kontrak Januari 2025 meraih sokongan kukuh apabila menokok RM10 untuk ditutup kepada RM4,762 satu tan.

Bagaimanapun, kontrak lain menunjukkan penurunan meluas dengan kontrak Februari 2025 rendah RM65 kepada RM4,571 satu tan, kontrak Mac 2025 turun RM75 kepada RM4,433 satu tan dan kontrak April 2025 susut RM81 kepada RM4,303 satu tan.

Kontrak Mei 2025 menyusut RM72 kepada RM4,207 satu tan manakala Jun 2025 berkurangan RM50 kepada RM4,141 satu tan.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 116,508 lot daripada 157,030 lot pada hari sebelumnya manakala kepentingan terbuka susut kepada 244,206 kontrak daripada 251,239.

Harga MSM fizikal bagi Januari Selatan tidak berubah pada RM4,900 satu tan- Livevartha

Related Articles

Ekonomi

MGA galak pembelian barang kemas sebagai pelaburan jangka panjang

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 26 April- Persatuan Emas Malaysia (MGA) menyarankan orang ramai...

Ekonomi

Pelabur AS kekal komited, perkukuh aspirasi Malaysia jadi hab semikonduktor global

FOTO FB Tengku ZafrulKUALA LUMPUR, 26 April- Walaupun berdepan cabaran geopolitik dan...

Ekonomi

Malaysia perkukuh peranan sebagai hab halal global di Expo Osaka 2025

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 26 April- Malaysia kekal komited memperkukuh kerjasama antarabangsa serta...

Ekonomi

Pasaran getah kekal lengang, peniaga tumpu tambah stok minggu depan

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 26 April – Pasaran getah Malaysia dijangka...