Home Ekonomi TM, PETRONAS meterai MoU pacu transformasi digital
Ekonomi

TM, PETRONAS meterai MoU pacu transformasi digital

Foto Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR, 19 Disember – Telekom Malaysia (TM) dan PETRONAS melalui cabang digitalnya, PETRONAS Digital Sdn Bhd (PDSB), serta cabang tenaga bersihnya, Gentari STM Gentari Sdn Bhd (Gentari), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memacu transformasi digital dan inovasi mampan di peringkat industri dan negara.

Kerjasama strategik itu akan membuka peluang kepada kedua-dua syarikat untuk meneroka aliran pendapatan baharu melalui pengembangan penawaran produk kepada pasaran perusahaan dan pengguna.

TM dan PETRONAS juga akan memanfaatkan teknologi pusat data, teknologi awan canggih, dan kesalinghubungan bagi memperkukuh pertumbuhan dan inovasi perniagaan tempatan.

Integrasi penyelesaian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) serta Internet of Things (IoT) dijangka mampu mengoptimumkan perkhidmatan dan meningkatkan kecekapan operasi.

Selain itu, TM dan Gentari akan bekerjasama untuk meneroka integrasi tenaga bersih, termasuk tenaga solar dan pengecasan kenderaan elektrik (EV) di kemudahan-kemudahan TM, sejajar dengan komitmen ke arah kelestarian.

TM, PETRONAS, dan Gentari menyasarkan untuk menetapkan standard baharu dalam industri dengan memanfaatkan teknologi canggih dan amalan mampan, seterusnya mencipta pencapaian baharu dalam transformasi digital Malaysia.

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....