Sunday , 22 December 2024
Home Ekonomi Matrade, DMDI meterai MoU perkukuh kerjasama perdagangan, promosi eksport
Ekonomi

Matrade, DMDI meterai MoU perkukuh kerjasama perdagangan, promosi eksport

Foto Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR, 19 Disember – Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuh kerjasama dalam perdagangan dan promosi eksport.

Menurut kenyataan Matrade, perkongsian strategik itu bertujuan membentuk rangka kerja komprehensif dalam beberapa bidang utama bagi meningkatkan usaha promosi perdagangan dan eksport.

MoU tersebut turut merangkumi usaha memudahkan misi perdagangan, penyertaan dalam acara perdagangan antarabangsa, serta menghubungkan syarikat Malaysia dengan pihak berkepentingan terkemuka.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Matrade, Abu Bakar Yusof berkata kerjasama itu akan melibatkan pertukaran dan penyebaran maklumat berkaitan perdagangan bagi meningkatkan kesedaran tentang peluang eksport tempatan.

“Selain memupuk kesedaran, kerjasama ini juga memberi inspirasi kepada komuniti perniagaan melalui kisah kejayaan inisiatif ekonomi di rantau ini,” katanya.

Inisiatif tersebut turut meliputi pembinaan kapasiti melalui kursus latihan, seminar, dan bengkel, bertujuan melengkapkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

Related Articles

Ekonomi

Pasaran MSM dijangka alami sentimen tidak menentu minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 21 Disember- Pasaran minyak sawit mentah (MSM) dijangka mengalami...

GDA kekal mahu ambil alih MAHB pada harga RM11 sesaham
Ekonomi

GDA kekal mahu ambil alih MAHB pada harga RM11 sesaham

PETALING JAYA: Gateway Development Alliance Sdn. Bhd. (GDA), konsortium yang bercadang menswastakan...

Dividen ASB 2024 dijangka setanding tahun lalu
Ekonomi

Dividen ASB 2024 dijangka setanding tahun lalu

PETALING JAYA: Kadar dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir...

Ekonomi

Niaga hadapan MSM susut hari kelima berturut-turut, eksport lemah

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 20 Disember– Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM)...