Home Ekonomi Prestasi pelancongan domestik mengukuh – DOSM
Ekonomi

Prestasi pelancongan domestik mengukuh – DOSM

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 19 Disember– Prestasi pelancongan domestik mencatat pertumbuhan yang kukuh pada suku ketiga 2024 dengan merekodkan 66.3 juta pelawat dan jumlah perbelanjaan RM25.6 bilion.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan berkata, setakat September 2024, pelancongan domestik telah merekodkan sejumlah 193.3 juta pelawat dengan menunjukkan peningkatan 21.8 peratus tahun ke tahun.

Perbelanjaan pelancongan domestik bagi sembilan bulan pertama 2024 telah mencapai RM77.8 bilion, menggambarkan pertumbuhan yang kukuh sebanyak 27.2 peratus tahun ke tahun.

\”Daripada segi sektor penginapan, jumlah hasil meningkat 12.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Pertumbuhan disokong kadar penghunian hotel lima bintang yang meningkat 1.1 peratus, diikuti hotel empat bintang 4.2 peratus dan hotel tiga bintang 0.2 peratus,\” kata kenyataan itu.

Kadar penghunian mengikut lokasi di bandar meningkat 3.4 peratus, berbanding suku yang sama tahun sebelumnya.

Prestasi berkaitan industri pelancongan pada suku tahun ketiga 2024 adalah menggalakkan dengan nilai jualan runcit bahan api meningkat 6.3 peratus tahun ke tahun.

Pelancongan domestik merupakan satu daripada tonggak utama ekonomi negara, dipacu pertumbuhan bilangan pelawat, perbelanjaan yang tinggi dan prestasi yang kukuh merentasi industri berkaitan pelancongan.

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....