Sunday , 22 December 2024
Home Pasaran Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Seiring Penyusutan Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Seiring Penyusutan Wall Street

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Seiring Penyusutan Wall Street

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Livevartha)– Bursa Malaysia dibuka mendatar pada Rabu dan seterusnya rendah, menjejaki penyusutan semalaman pasaran Wall Street, kata penganalisis.

Pada9.21 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.58 mata kepada 1,594.75 daripada paras 1,597.33 pada akhir dagangan semalam.

Indeks penanda aras itu juga tidak berubah sewaktu urus niaga dibuka hari ini.

Sentimen pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu245 berbanding 165 manakala 368 kaunter lain tidak berubah, 1,693 tidak diniagakan dan 10 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak242.01 juta unit bernilai RM116.76 juta.

Naib Presiden Penyelidikan EkuitiRakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street mengakhiri dagangan lebih rendah, diasak tekanan apabilapeniaga lebih bimbangkan ketdiaktentuan daripadapentadbiran baharu Presiden Donald Trump.

Selain itu, Indeks Hang Seng di Hong Kong terus susut apabilapelabur terus buntu berikutan kekurangan perincian maklumat pengumuman Beijing bagi pelonggaaran dasar.

Di peringkat tempatan, FBM KLCI mengakhiri dagangan di bawah paras 1,600 semalam susulan jualan berterusan oleh pelabur asing.

Related Articles

Pasaran MSM Dijangka Alami Sentimen Tidak Menentu Minggu Depan
Pasaran

Pasaran MSM Dijangka Alami Sentimen Tidak Menentu Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Pasaran...

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan
Pasaran

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Bursa...

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan
Pasaran

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...