Sunday , 22 December 2024
Home Pasaran Bursa Malaysia Meningkat Di Tengah-tengah Prestasi Bercampur-campur Pasaran Asia
Pasaran

Bursa Malaysia Meningkat Di Tengah-tengah Prestasi Bercampur-campur Pasaran Asia

Bursa Malaysia Meningkat Di Tengah-tengah Prestasi Bercampur-campur Pasaran Asia

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Livevartha) — Bursa Malaysia meningkat dan ditutup tinggi berikutan sokongan belian dalam saham wajaran tinggi terpilih di tengah-tengah prestasi bercampur-campur pasaran Asia.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.14 peratus atau 2.25 mata kepada 1,599.58 daripada 1,597.33 semasa ditutup pada Selasa.

Indeks itu dibuka tidak berubah dan bergerak antara 1,594.75 dan 1,602.38 sepanjang sesi dagangan.

Di pasaran lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 501 berbanding 480 manakala 562 kaunter tidak berubah, 928 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan menyusut kepada 2.55 bilion unit bernilai RM2.29 bilion daripada 2.99 bilion unit bernilai RM2.43 bilion pada Selasa.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata sentimen dagangan dalam keadaan tegang berikutan pelabur bersedia dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) yang dijadualkan lewat hari ini.

Beliau berkata, jangkaan pasaran mengenai penurunan kadar faedah sebanyak 25 mata asas oleh Fed pada bulan ini sewajarnya memberi kesan positif.

Bagaimanapun ketidaktentuan pada masa ini berkait rapat dengan panduan yang akan diberikan akan datang, yang dijangka dalam kecenderungan menaikkan kadar faedah, justeru menunjukkan penurunan kadar faedah mungkin dihentikan sementara, katanya.

Related Articles

Pasaran MSM Dijangka Alami Sentimen Tidak Menentu Minggu Depan
Pasaran

Pasaran MSM Dijangka Alami Sentimen Tidak Menentu Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Pasaran...

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan
Pasaran

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Bursa...

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan
Pasaran

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...