Home Pasaran BURSA MALAYSIA DITUTUP RENDAH BERIKUTAN KETIDAKTENTUAN GLOBAL
Pasaran

BURSA MALAYSIA DITUTUP RENDAH BERIKUTAN KETIDAKTENTUAN GLOBAL

BURSA MALAYSIA DITUTUP RENDAH BERIKUTAN KETIDAKTENTUAN GLOBAL

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Livevartha) — Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini ketika hab kewangan global bersedia dengan pendirian bank pusat minggu ini, dibelenggu dengan meningkatnya ketidakpastian daripada keputusan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS), kata penganalisis.

Pada 5 petang, Indeks FBM KLCI menyusut 0.59 peratus atau 9.52 mata kepada 1,597.33 daripada 1,606.85 semasa ditutup pada Isnin.

Indeks berkenaan dibuka rendah 1.59 mata kepada 1,605.26 dan bergerak antara 1,594.51 dan 1,606.81 sepanjang dagangan.

Sentimen pasaran turut negatif apabila kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 704 berbanding 346, manakala 529 kaunter tidak berubah, 892 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 2.99 bilion unit bernilai RM2.43 bilion daripada 3.16 bilion unit bernilai RM2.45 bilion pada Isnin.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata, Fed berada dalam situasi sukar —  pasaran pekerjaan AS kukuh dan inflasi tidak berkurangan seperti yang dijangkakan.

Sehubungan itu, keadaan ini menyukarkan bank pusat untuk memutuskan sama ada terus menurunkan kadar faedah atau menghentikan.

\”Pegawai Fed mempunyai perbezaan pandangan. Sebahagiannya bimbang dengan penurunan kadar yang terlalu cepat boleh mendatangkan cabaran manakala pegawai lain mempersoalkan sama ada penurunan kadar sebelum ini berkesan.

\”Pelabur berharap kepada lebih banyak penurunan kadar, tetapi kini mereka tidak pasti, justeru menyebabkan pasaran tidak stabil,\” katanya kepada Livevartha.

Related Articles

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan
Pasaran

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi kemudiannya...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Minyak Mentah Lemah, Ringgit Mengukuh
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Minyak Mentah Lemah, Ringgit Mengukuh

Kredit: MPOC Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha)...

Emas Ditutup Tinggi Di Tengah-tengah Kebimbangan Kestabilan Politik, Ekonomi Global
Pasaran

Emas Ditutup Tinggi Di Tengah-tengah Kebimbangan Kestabilan Politik, Ekonomi Global

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha) — Kontrak niaga...

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) — Ringgit dijangka...