Home Nasional Presiden Turkmenistan adakan lawatan rasmi ke Malaysia
Nasional

Presiden Turkmenistan adakan lawatan rasmi ke Malaysia

Presiden Turkmenistan adakan lawatan rasmi ke Malaysia

Foto FB Serdar Berdimuhamedow

KUALA LUMPUR, 18 Disember- Presiden Turkmenistan, Serdar Berdimuhamedow akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia selama dua hari, bermula hari ini.

Menurut Wisma Putra, lawatan berkenaan merupakan lawatan pertama Presiden Berdimuhamedow ke Malaysia sejak dilantik sebagai Presiden Turkmenistan pada Mac 2022.

Berdimuhamedow akan diberikan majlis sambutan rasmi di Bangunan Perdana Putera, Putrajaya esok, diikuti dengan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

\”Anwar dan Berdimuhamedow dijangka membincangkan isu dua hala termasuk perdagangan dan pelaburan, kerjasama minyak dan gas, pendidikan tinggi, pelancongan, dan keterhubungan.

\”Mereka juga akan bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama, termasuklah Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025,\” menurut kenyataan itu.

Di antara bulan Januari hingga Oktober 2024, jumlah dagangan Malaysia dengan Turkmenistan meningkat dengan ketara sebanyak 74.8 peratus kepada RM63.28 juta (AS$13.90 juta) berbanding RM36.19 juta (AS$7.91 juta) untuk tempoh yang sama pada tahun 2023.

Pada tahun 2023, Republik Turkmenistan merupakan rakan dagang keempat terbesar Malaysia dalam kalangan negara-negara Asia Tengah, dengan jumlah dagangan bernilai RM48.62 juta (AS$10.57 juta).

Related Articles

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI
Nasional

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI

Panel Pencegahan Penipuan Digital, Ts Lukas J. Tan KUALA LUMPUR, 27 April-...

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta
Nasional

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta

FOTO IPD SERI ALAMJOHOR BAHRU, 27 April- Seorang pelajar lelaki maut, manakala...

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91
Nasional

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91

FOTO FB Sultan Ibrahim Sultan IskandarKUALA LUMPUR, 27 April- Yang di-Pertuan Agong,...

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme
Nasional

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan bergambar bersama anggota Kawalan Kehormatan...