Home Ekonomi Ringgit dibuka mengukuh susulan jangkaan AS turunkan kadar faedah
Ekonomi

Ringgit dibuka mengukuh susulan jangkaan AS turunkan kadar faedah

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 18 Disember- Ringgit memulakan urus niaga Rabu dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang jangkaan negara maju itu akan bertindak mengurangkan kadar faedahnya pada lewat hari ini.

Namun, pasaran dijangka kekal berhati-hati susulan data jualan runcit AS yang akan memacu permintaan terhadap mata wang berkenaan.

Pada pukul 8.00 pagi, ringgit mengukuh ke paras 4.4550/4700 berbanding dolar AS daripada 4.4645/4690 yang dicatatkan pada akhir urus niaga semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sentimen pasaran kekal suram ketika data jualan runcit AS meningkat pada November, menokok 0.7 peratus bulan ke bulan daripada 0.5 peratus dalam bulan sebelumnya, sekali gus mengatasi jangkaan awal.

“Indeks Dolar AS (DXY) terus kekal pada paras 106.956 mata apabila data AS menunjukkan ketahanan ekonomi negara maju itu selepas peningkatan Jualan Runcit AS pada November yang kian kukuh.

“Jualan Bukan Runcit yang memaparkan aktiviti belian dalam talian telah meningkat 1.8 peratus bulan ke bulan pada November dan menyumbang sebanyak 17.5 peratus daripada jumlah jualan runcit. Ini menggambarkan minat berbelanja dalam kalangan negara maju itu sememangnya kukuh,” katanya kepada Bernama.

Berikutan itu, Mohd Afzanizam berkata pihak Rizab Persekutuan AS berkemungkinan membayangkan sentimen menaikkan kadar faedah apabila membuat keputusan pada akhir mesyuarat dua hari Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan, hari ini.

“Oleh itu, ringgit berkemungkinan kekal rendah apabila dolar AS terus mendapat permintaan tinggi,” katanya.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan mengukuh berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding pound Britain kepada 5.6619/6809 daripada 5.6646/6703, mengukuh berbanding euro kepada 4.6751/6908 daripada 4.6815/686 dan naik berbanding yen Jepun kepada 2.9008/9109 daripada 2.9028/9059, sebelum ini.

Prestasi ringgit bagaimanapun bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN, termasuk meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3002/3116 daripada 3.3048/3087 pada Selasa, naik berbanding rupiah Indonesia kepada 276.6/277.7 daripada 277.2/277.6 semalam.

Selain itu, ringgit juga meningkat berbanding peso Filipina di paras 7.56/7.59 daripada 7.58/7.59 sebelum ini.

Ringgit bagaimanapun susut nilai berbanding baht Thailand kepada 13.0259/0805 daripada 13.0236/0440.- Livevartha

Related Articles

CLSA lancar waran berstruktur di Bursa Malaysia
Ekonomi

CLSA lancar waran berstruktur di Bursa Malaysia

GAMBAR HIASANKUALA LUMPUR: CLSA Securities Malaysia Sdn. Bhd. (CLSA), salah satu broker...

MSB Global sasar perkenal pengecas EV pada suku kedua 2025
Ekonomi

MSB Global sasar perkenal pengecas EV pada suku kedua 2025

KEE FOOKUALA LUMPUR: MSB Global Group Berhad (MSB Global), permain industri alat...

PayNet lancar fasa baharu Program Akar fokus AI, sains data
Ekonomi

PayNet lancar fasa baharu Program Akar fokus AI, sains data

FARHAN Ahmad (barisan tengah,tujuh dari kiri) bersama Laurence Si (barisan tengah,lima dari...

BZI labur AS0 juta bina loji penapisan SAF pertama di Asia Tenggara
Ekonomi

BZI labur AS$500 juta bina loji penapisan SAF pertama di Asia Tenggara

NIK Nazmi Nik Ahmad (belakang, dua dari kiri) majlis menandatangani perjanjian antara...