Home Pasaran RINGGIT TINGGI BERBANDING DOLAR AS DALAM DAGANGAN AWAL
Pasaran

RINGGIT TINGGI BERBANDING DOLAR AS DALAM DAGANGAN AWAL

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Livevartha) — Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal pada Isnin, dengan pasaran menjangka mata wang tempatan kekal rendah berikutan pelabur menantikan unjuran ekonomi suku tahunan 2025 oleh Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC).

Pada 8.02 pagi, ringgit berada pada 4.4470/4530 berbanding dolar AS daripada 4.4475/4525 pada Jumaat lepas.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata tumpuan pada minggu ini adalah pada mesyuarat FOMC selama dua hari yang akan bermula esok.

“Pada masa ini, penurunan sebanyak 25 mata asas telah diambil kira tetapi apa yang lebih penting ialah prospek kadar faedah pada 2025, terutamanya dengan pentadbiran baharu yang dijangka menggunakan tarif import untuk merancakkan ekonomi Amerika Syarikat (AS),” katanya kepada Livevartha.

Mohd Afzanizam berkata Indeks Dolar AS (DXY) kekal tinggi apabila ia mencecah 107 mata.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia mengukuh berbanding pound kepada 5.6166/6241 daripada 5.6203/6266 pada Jumaat lepas manakala merosot berbanding yen Jepun kepada 2.8995/9036 daripada 2.8987/9022.

Mata wang tempatan berkurangan berbanding euro kepada 4.6747/6810 daripada 4.6632/6684 pada Jumaat lepas.

Ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang ASEAN.

Related Articles

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan
Pasaran

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi kemudiannya...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Minyak Mentah Lemah, Ringgit Mengukuh
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Minyak Mentah Lemah, Ringgit Mengukuh

Kredit: MPOC Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha)...

Emas Ditutup Tinggi Di Tengah-tengah Kebimbangan Kestabilan Politik, Ekonomi Global
Pasaran

Emas Ditutup Tinggi Di Tengah-tengah Kebimbangan Kestabilan Politik, Ekonomi Global

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha) — Kontrak niaga...

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) — Ringgit dijangka...