Home Nasional Kekuatan dan kestabilan politik di Sarawak perlu dipelihara
Nasional

Kekuatan dan kestabilan politik di Sarawak perlu dipelihara

Kekuatan dan kestabilan politik di Sarawak perlu dipelihara

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof

BETONG, 14 Disember– Kestabilan dan kekuatan politik di Sarawak perlu terus dipelihara bagi memastikan hak negeri itu terjaga.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, mengingatkan perkara tersebut dan menasihatkan ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Beting Maro untuk kekal bersatu demi memastikan kemenangan dengan majoriti lebih besar pada pilihan raya akan datang.

Beliau menegaskan, walaupun Beting Maro dianggap kubu kuat PBB, ia bukan alasan untuk bersikap selesa. Strategi terbaik adalah dengan mendengar keluhan dan pandangan masyarakat setempat bagi merapatkan jurang di peringkat akar umbi.

“Apabila masyarakat yakin, ia akan memperkukuhkan lagi kedudukan kita di Beting Maro,” katanya dalam ucapan di Mesyuarat Perwakilan PBB Cawangan Beting Maro yang diadakan di Dewan Komuniti Kampung Pusa.

Beliau turut menekankan kepentingan persiapan awal bagi menghadapi pilihan raya, selain menyeru ahli PBB di Beting Maro untuk memperbaiki kelemahan sendiri dan terus bekerja keras demi khidmat kepada masyarakat.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....