Home Nasional PBM sahkan akan bertanding PRN Sabah
Nasional

PBM sahkan akan bertanding PRN Sabah

PBM sahkan akan bertanding PRN Sabah

PARTI BANGSA MALAYSIA

SIBU, 14 Disember- Parti Bangsa Malaysia (PBM) mengesahkan akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17) akan datang.

Tanpa mendedahkan jumlah kerusi yang akan ditandingi, Presiden PBM Datuk Larry Sng Wei Shien berkata untuk tujuan itu, jentera parti yang telah ditubuhkan sejak dua tahun lepas bagi menghadapi pilihan raya berkenaan, kini bersiap sedia untuk digerakkan.

Beliau berkata PBM juga memberi autonomi kepada pimpinan PBM Sabah untuk menentukan calon dan jumlah kerusi yang akan ditandingi pada PRN tersebut.

\”Jupri Lenson selaku Naib Presiden PBM akan bertanggunjawab ke atas Sabah. Dia juga akan dibantu Richard Dompok (Ketua Penerangan PBM Sabah) yang bertanggungjawab ke atas jawatankuasa pilihan raya. Jadi kedua-dua mereka akan memutuskan bilangan kerusi,\” katanya pada sidang media sempena pelancaran logo baharu PBM, di sini hari ini.

Kerajaan Sabah mempunyai tempoh sehingga Oktober 2025 sebelum sesi pentadbirannya berakhir. -BERNAMA

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....