Home Nasional Sarawak taja dua wartawan ke UK untuk program eksekutif
Nasional

Sarawak taja dua wartawan ke UK untuk program eksekutif

Sarawak taja dua wartawan ke UK untuk program eksekutif

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg

KUCHING, 15 Disember – Kerajaan negeri akan menghantar dua calon wartawan setiap setahun untuk menghadiri program eksekutif di United Kingdom (UK).

Menurut Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, program selama dua bulan itu diyakini dapat meningkatkan pandangan dan kualiti para wartawan di Sarawak.

Katanya calon akan dipilih menerusi panel yang akan ditubuhkan kelak, turut merangkumi Wakil Persatuan Media di Sarawak.

\”Sekarang ini kita ada perhubungan dengan Oxford Cambridge di UK, saya mahu hantar wartawan untuk mengikuti itu satu bulan saja kerana program eksekutif itu anda boleh bergaul dengan eksekutif antarabangsa dan berbincang tentang apa yang sedang berlaku di seluruh dunia. Dengan itu, laporan anda akan mencapai piawaian global, bukan sekadar piawaian Sarawak sahaja,\” kata Abang Johari.

Beliau berkata demikian di Kenyalang Journalism Awards 2024 yang berlangsung di sini, malam tadi.

Turut berlangsung ialah Anugerah Tokoh Wartawan 2024 kepada Haji Basri Mohamad iaitu merupakan bekas jurukamera Stesen Penyiaran Swasta yang berhidmat dari 1969 hingga 2006.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....