Sunday , 22 December 2024
Home Pasaran BURSA MALAYSIA DIBUKA TINGGI BERIKUTAN PRESTASI HAMBAR WALL STREET
Pasaran

BURSA MALAYSIA DIBUKA TINGGI BERIKUTAN PRESTASI HAMBAR WALL STREET

BURSA MALAYSIA DIBUKA TINGGI BERIKUTAN PRESTASI HAMBAR WALL STREET

KUALA LUMPUR, 13 Dis (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini berikutan prestasi hambar semalaman Wall Street susulan indeks harga pengeluar (IHP) Amerika Syarikat (AS) menjejaki harga borong seterusnya menimbulkan kebimbangan sama ada inflasi dapat diturunkan.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.54 mata kepada 1,605.62 daripada 1,602.62 ketika ditutup semalam.

Indeks petunjuk pasaran dibuka 1.78 mata lebih tingggi kepada 1,603.86.

Pasaran secara keseluruhannya positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 182 berbanding 176, manakala 284 kaunter kekal tidak berubah, 1,881 tidak diniagakan dan 4 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan sebanyak 136.53 juta unit bernilai RM77.06 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata walaupun ramai menjangkakan Rizab Persekutuan (Fed) AS akan menurunkan kadar faedah minggu depan, hasil perbendaharaan 10 tahun AS naik lebih tinggi kepada 4.336 peratus.

\”Di Hong Kong, Indeks Hang Seng pulih semula apabila pelabur menunggu butiran lanjut daripada mesyuarat dasar ekonomi China yang penting ditambah dengan jangkaan lebih baik bahawa Fed AS akan menurunkan kadar faedah berikutan angka indeks harga pengguna (IHP) yang menggalakkan untuk bulan November,\” katanya. Livevartha.

IHP AS November adalah pada 2.7 peratus, meningkat daripada 2.6 peratus bulan sebelumnya, bagaimanapun IHP teras kekal pada 3.3 peratus selama tiga bulan berturut-turut selepas mencatatkan 3.2 peratus pada Ogos, menunjukkan kadar inflasi kekal tinggi.

Di peringkat tempatan, Thong berkata memandangkan kecairan pasaran yang rendah, beliau percaya prestasi Bursa Malaysia akan kekal hambar dengan itu indeks dijangka berada dalam julat 1,600-1,610 hari ini.

Related Articles

Pasaran MSM Dijangka Alami Sentimen Tidak Menentu Minggu Depan
Pasaran

Pasaran MSM Dijangka Alami Sentimen Tidak Menentu Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Pasaran...

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan
Pasaran

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Bursa...

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan
Pasaran

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...