Home Nasional Konten forum tidak libatkan MCMC secara terus – Fahmi
Nasional

Konten forum tidak libatkan MCMC secara terus – Fahmi

Konten forum tidak libatkan MCMC secara terus – Fahmi

Fahmi Fadzil/RTM

PUTRAJAYA, 13 Disember- Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyatakan bahawa konten forum adalah badan bebas yang telah diwujudkan untuk menangani isu-isu kandungan media, tanpa penglibatan langsung daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Beliau menjelaskan bahawa badan tersebut berfungsi sebagai platform untuk semua pihak, termasuk industri, menyatakan pandangan berkenaan definisi istilah seperti \”jelek\” dan \”jelek melampau\” dalam konteks kandungan media.

\”Mekanisme yang sedia ada termasuklah konten forum, yang merupakan badan bebas yang tidak melibatkan MCMC secara langsung. Badan ini membolehkan semua pihak, termasuk industri, untuk menyatakan pandangan mereka mengenai istilah seperti \’jelek\’ sebelum ini dan \’jelek melampau\’ selepas pindaan.

\”Takrifan ini boleh berlaku dalam konteks konten forum untuk memastikan definisi tersebut lebih jelas,\” katanya dalam sidang media mingguan Menteri Komunikasi, hari ini.

Beliau menjawab soalan pemberita mengenai pindaanRang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2024yang ditangguhkan untuk dibincangkan oleh Jawatankuasa Khas berbanding RUU Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang diluluskan tanpa melalui proses sama.

Dalam pada itu, Fahmi menyentuh tentang pindaan kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang baru-baru ini dibincangkan di Parlimen.

Beliau menekankan kepentingan peranan MCMC sebagai pemacu utama dalam pelaksanaan pindaan tersebut.

\”Bagi kebanyakan ahli Parlimen, mereka berpendapat bahawa dalam pindaan kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), yang lebih penting adalah peranan MCMC itu sendiri sebagai penggerak utama pelaksanaan akta ini,\” tambah Fahmi.

Related Articles

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI
Nasional

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI

Panel Pencegahan Penipuan Digital, Ts Lukas J. Tan KUALA LUMPUR, 27 April-...

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta
Nasional

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta

FOTO IPD SERI ALAMJOHOR BAHRU, 27 April- Seorang pelajar lelaki maut, manakala...

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91
Nasional

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91

FOTO FB Sultan Ibrahim Sultan IskandarKUALA LUMPUR, 27 April- Yang di-Pertuan Agong,...

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme
Nasional

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan bergambar bersama anggota Kawalan Kehormatan...