Home Ekonomi Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar
Ekonomi

Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 13 Disember- Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar US dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi, kata seorang penganalisis.

Pada 8.13 pagi, mata wang tempatan kekal tidak berubah kepada 4.4350/4450 berbanding dolar US daripada 4.4350/4.4395.

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata DXY terus kekal tinggi kerana beberapa siri penurunan kadar faedah oleh bank pusat di negara-negara Eropah nampaknya telah meningkatkan nilai dolar US.

Beliau berkata bank pusat tersebut mengurangkan tiga kadar dasar penanda aras iaitu Kadar Kemudahan Deposit, Kadar Pembiayaan Semula Utama dan Kemudahan Pinjaman Marginal, masing-masing sebanyak 25 mata asas kepada 3.00 peratus, 3.15 peratus dan 3.40 peratus.

Swiss National Bank (SNB) menurunkan kadar dasar sebanyak 50 mata asas kepada 0.50 peratus, melebihi jangkaan pasaran, katanya.

“Semua ini meletakkan dolar US pada kedudukan lebih kukuh kerana Rizab Persekutuan (Fed) AS mungkin tidak berkongsi pandangan yang sama dengan bank pusat di negara-negara Eropah berikutan ekonomi kukuh dan berdaya tahan dalam pasaran buruh.

“Justeru, ringgit berbanding dolar US dijangka lemah kerana permintaan terhadap mata awang AS dijangka positif menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) minggu depan,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding beberapa mata wang utama.

Unit tempatan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.6222/6349 daripada 5.6591/6648, melonjak berbanding euro kepada 4.6452/6557 daripada 4.6612/6659 dan naik berbanding yen Jepun kepada 2.9042/9109 daripada 2.9074/9106 ketika ditutup pada Khamis.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan dengan prestasi bercampur-campur berbanding mata wang negara ASEAN.

Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.2923/2999 daripada 3.3008/3044 ketika ditutup pada Khamis dan menokok berbanding baht Thailad kepada 13.0510/0897 daripada 13.1058/1261 sebelumnya.

Bagaimanapun, ringgit tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 278.1/278.9 daripada 278.1/278.5 ketika ditutup semalam dan juga kekal tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 7.61/7.63 daripada 7.61/7.62 sebelum itu.- Livevartha

Related Articles

CLSA lancar waran berstruktur di Bursa Malaysia
Ekonomi

CLSA lancar waran berstruktur di Bursa Malaysia

GAMBAR HIASANKUALA LUMPUR: CLSA Securities Malaysia Sdn. Bhd. (CLSA), salah satu broker...

MSB Global sasar perkenal pengecas EV pada suku kedua 2025
Ekonomi

MSB Global sasar perkenal pengecas EV pada suku kedua 2025

KEE FOOKUALA LUMPUR: MSB Global Group Berhad (MSB Global), permain industri alat...

PayNet lancar fasa baharu Program Akar fokus AI, sains data
Ekonomi

PayNet lancar fasa baharu Program Akar fokus AI, sains data

FARHAN Ahmad (barisan tengah,tujuh dari kiri) bersama Laurence Si (barisan tengah,lima dari...

BZI labur AS0 juta bina loji penapisan SAF pertama di Asia Tenggara
Ekonomi

BZI labur AS$500 juta bina loji penapisan SAF pertama di Asia Tenggara

NIK Nazmi Nik Ahmad (belakang, dua dari kiri) majlis menandatangani perjanjian antara...