Home Ekonomi Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS
Ekonomi

Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 13 Disember- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS untuk hari kelima berturut-turut pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada 17 hingga 18 Disember ini.

Pada 6.00 petang, mata wang tempatan merosot kepada 4.4475/4525 berbanding dolar AS daripada 4.4350/4395 semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Rizab Persekutuan (Fed) AS dijangka menurunkan kadar faedah minggu depan.

“Data ekonomi Amerika Syarikat (AS) setakat ini menunjukkan kepada dasar pelonggaran monetari secara berperingkat minggu depan,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata bank pusat lain, seperti Bank Pusat Eropah (ECB) dan Swiss National Bank (SNB), turut menurunkan kadar faedah mereka, dengan ECB dilihat cenderung untuk menurunkan lagi kadar dasar.

Indeks Harga Pengguna (IHP) AS pada November naik 2.7 peratus, lebih tinggi daripada 2.6 peratus pada bulan sebelumnya manakala IHP teras, sebaliknya, kekal pada 3.3 peratus untuk bulan ketiga berturut-turut daripada 3.2 peratus pada Ogos, menunjukkan kadar inflasi AS kekal pada tahap yang sama.

Sementara itu, Indeks Harga Pengeluar (IHPR) AS turut meningkat tiga peratus pada asas tahunan pada November.

Ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ia mengukuh berbanding pound kepada 5.6203/6266 daripada 5.6591/6648 dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.8987/9022 daripada 2.9074/9106. Mata wang tempatan, bagaimanapun merosot berbanding euro kepada 4.6632/6684 daripada 4.6612/6659 semalam.

Ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang ASEAN.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2971/3011 daripada 3.3008/3044 pada Khamis dan naik berbanding baht Thailand kepada 13.0261/0472 daripada 13.1058/1261 sebelum ini.

Ringgit turut menambah berbanding rupiah Indonesia kepada 277.7/278.2 daripada 278.1/278.5 dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.60/7.62 daripada 7.61/7.62 semalam. -Livevartha

Related Articles

Ekonomi

MGA galak pembelian barang kemas sebagai pelaburan jangka panjang

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 26 April- Persatuan Emas Malaysia (MGA) menyarankan orang ramai...

Ekonomi

Pelabur AS kekal komited, perkukuh aspirasi Malaysia jadi hab semikonduktor global

FOTO FB Tengku ZafrulKUALA LUMPUR, 26 April- Walaupun berdepan cabaran geopolitik dan...

Ekonomi

Malaysia perkukuh peranan sebagai hab halal global di Expo Osaka 2025

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 26 April- Malaysia kekal komited memperkukuh kerjasama antarabangsa serta...

Ekonomi

Pasaran getah kekal lengang, peniaga tumpu tambah stok minggu depan

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 26 April – Pasaran getah Malaysia dijangka...