Home Pasaran RINGGIT DIBUKA TIDAK BERUBAH BERBANDING DOLAR US
Pasaran

RINGGIT DIBUKA TIDAK BERUBAH BERBANDING DOLAR US

RINGGIT DIBUKA TIDAK BERUBAH BERBANDING DOLAR US

KUALA LUMPUR, 13 Dis (Livevartha) — Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar US dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi, kata seorang penganalisis.

Pada 8.13 pagi, mata wang tempatan kekal tidak berubah kepada 4.4350/4450 berbanding dolar US daripada 4.4350/4.4395

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata DXY terus kekal tinggi kerana beberapa siri penurunan kadar faedah oleh bank pusat di negara-negara Eropah nampaknya telah meningkatkan nilai dolar US.

Beliau berkata bank pusat tersebut mengurangkan tiga kadar dasar penanda aras iaitu Kadar Kemudahan Deposit, Kadar Pembiayaan Semula Utama dan Kemudahan Pinjaman Marginal, masing-masing sebanyak 25 mata asas kepada 3.00 peratus, 3.15 peratus dan 3.40 peratus.

Swiss National Bank (SNB) menurunkan kadar dasar sebanyak 50 mata asas kepada 0.50 peratus, melebihi jangkaan pasaran, katanya.

“Semua ini meletakkan dolar US pada kedudukan lebih kukuh kerana Rizab Persekutuan (Fed) AS mungkin tidak berkongsi pandangan yang sama dengan bank pusat di negara-negara Eropah berikutan ekonomi kukuh dan berdaya tahan dalam pasaran buruh.

“Justeru, ringgit berbanding dolar US dijangka lemah kerana permintaan terhadap mata awang AS dijangka positif menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) minggu depan,” katanya kepada Livevartha.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding beberapa mata wang utama.

Unit tempatan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.6222/6349 daripada 5.6591/6648, melonjak berbanding euro kepada 4.6452/6557 daripada 4.6612/6659 dan naik berbanding yen Jepun kepada 2.9042/9109 daripada 2.9074/9106 ketika ditutup pada Khamis.

Related Articles

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan
Pasaran

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi kemudiannya...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Minyak Mentah Lemah, Ringgit Mengukuh
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Minyak Mentah Lemah, Ringgit Mengukuh

Kredit: MPOC Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha)...

Emas Ditutup Tinggi Di Tengah-tengah Kebimbangan Kestabilan Politik, Ekonomi Global
Pasaran

Emas Ditutup Tinggi Di Tengah-tengah Kebimbangan Kestabilan Politik, Ekonomi Global

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha) — Kontrak niaga...

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) — Ringgit dijangka...