Home Nasional African Swine Fever: Sarawak ambil langkah tegas cegah penularan
Nasional

African Swine Fever: Sarawak ambil langkah tegas cegah penularan

African Swine Fever: Sarawak ambil langkah tegas cegah penularan

Datuk Seri Dr. Stephen Rundi Utom

KUCHING, 13 Disember – Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah mengesahkan kes penyakit African Swine Fever (ASF) dikesan pada ternakan khinzir di Mongkos, Daerah Tebedu pada 29 November lalu.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Stephen Rundi Utom, berkata tindakan kawalan segera telah diambil oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) bagi memastikan wabak tidak merebak ke kawasan lain.

Tegasnya, daerah lain di Sarawak masih bebas ASF.

\”Penternak diingatkan agar memperketatkan langkah biosekuriti ladang dengan menyediakan kemudahan seperti vehicle dip atau foot dip serta memastikan pagar perimeter ladang kukuh.

\”Penternak juga diingatkan untuk mengawal pergerakan keluar masuk ternakan, kenderaan dan individu serta tidak memberi sisa makanan kepada khinzir tanpa dimasak selama 30 minit,\” katanya menerusi kenyataan media pada Khamis.

Mereka juga diminta tidak membawa masuk haiwan baru tanpa pengesahan kesihatan.

Stephen menegaskan pemindahan khinzir hidup adalah dilarang tanpa permit dari JPVS.

Tambahnya, penternak yang mengesan tanda ASF seperti kematian tinggi, demam panas atau kesukaran bernafas diminta segera melaporkannya.

Dalam perkembangan lain, beliau memberi jaminan bahawa bekalan khinzir di Sarawak mencukupi menjelang sambutan Hari Krismas, dan bekalan di pasaran adalah selamat untuk dimakan.

Related Articles

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI
Nasional

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI

Panel Pencegahan Penipuan Digital, Ts Lukas J. Tan KUALA LUMPUR, 27 April-...

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta
Nasional

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta

FOTO IPD SERI ALAMJOHOR BAHRU, 27 April- Seorang pelajar lelaki maut, manakala...

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91
Nasional

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91

FOTO FB Sultan Ibrahim Sultan IskandarKUALA LUMPUR, 27 April- Yang di-Pertuan Agong,...

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme
Nasional

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan bergambar bersama anggota Kawalan Kehormatan...