Home Nasional Penduduk Kampung Limau Kasturi rayu penempatan baharu
Nasional

Penduduk Kampung Limau Kasturi rayu penempatan baharu

Penduduk Kampung Limau Kasturi rayu penempatan baharu

Penduduk Kampung Limau Kasturi mahu tinggal di kawasan yang bebas dari risiko banjir

GUA MUSANG, 11 Disember – Penduduk Kampung Limau Kasturi, yang terletak di pinggir Sungai Galas, merayu agar kerajaan persekutuan atau negeri menyediakan penempatan baharu bagi mengelakkan mereka terjejas banjir setiap kali musim tengkujuh.

Kampung yang telah wujud lebih 50 tahun itu sering dilanda banjir, menyebabkan kediaman rosak dan barangan kelengkapan rumah hanyut dibawa arus.

Seorang penduduk, Haminah Said, berkata banjir besar yang melanda pada tahun 2014 telah menghanyutkan hampir semua kelengkapan rumahnya, memaksanya bergantung kepada bantuan.

“Kalau ada peluang pindah, makcik setuju. Rumah ni tak beli, dulu barang macam meja dan kerusi orang bagi selepas 2014, tapi semua dah rosak sebab banjir. Sekarang tinggal TV saja,” katanya ketika ditemui RTM.

Bagi Wan Abdullah Wan Abdul Rahman, banjir tahunan yang sering berlaku membuatkan penduduk tidak lagi berasa selamat di kawasan itu.

“Setiap tahun, air naik rumah kami. Kami harap dapat pindah ke kawasan tinggi, jauh dari Sungai Galas, supaya tak perlu lagi berpindah setiap kali banjir,” katanya.

Hayati Abd Wahab, seorang lagi penduduk, turut menyuarakan harapan untuk tinggal di kawasan yang bebas dari risiko banjir.

“Kalau boleh, kami mahu hidup tanpa perlu bimbang air melimpah setiap tahun. Saya dah tinggal di sini selama 13 tahun dan keadaan ini semakin sukar,” katanya.

Dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini, air Sungai Galas telah melimpahi kawasan penempatan penduduk sebanyak dua kali, memaksa mereka berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Related Articles

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI
Nasional

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI

Panel Pencegahan Penipuan Digital, Ts Lukas J. Tan KUALA LUMPUR, 27 April-...

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta
Nasional

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta

FOTO IPD SERI ALAMJOHOR BAHRU, 27 April- Seorang pelajar lelaki maut, manakala...

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91
Nasional

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91

FOTO FB Sultan Ibrahim Sultan IskandarKUALA LUMPUR, 27 April- Yang di-Pertuan Agong,...

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme
Nasional

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan bergambar bersama anggota Kawalan Kehormatan...