Home Nasional Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, Terengganu terus menurun malam ini
Nasional

Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, Terengganu terus menurun malam ini

Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, Terengganu terus menurun malam ini

Agihan barangan keperluan kepada penduduk terjejas banjir di Kampung Siram ,Pasir Mas, Kelantan/Foto APM Pasir Mas

KUALA LUMPUR, 12 Disember – Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam ini manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.

Di KELANTAN, Pegawai Kebajikan Masyarakat Jajahan Gua Musang, Bun Tham Eh Gin berkata pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Limau Kasturi 1, yang sebelum ini menempatkan 41 mangsa ditutup sekitar 5 petang tadi menandakan banjir gelombang kedua yang melanda negeri berkenaan sejak Isnin, pulih sepenuhnya.

\”Alhamdulillah, kesemua mangsa yang terjejas telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing sekitar 5 petang tadi susulan banjir di penempatan mereka sudah surut, selain pihak penguat kuasa juga berpuas hati untuk membenarkan mereka pulang ke rumah masing-masing,\” katanya ketika dihubungi hari ini.

Di TERENGGANU, keadaan banjir semakin pulih di negeri itu, apabila jumlah mangsa berkurang kepada 3,778 orang daripada 869 keluarga yang ditempatkan di 12 PPS, berbanding 4,751 orang petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu memaklumkan, seramai 3,541 mangsa daripada 812 keluarga masih berlindung di lapan PPS di daerah Kemaman, manakala 237 mangsa daripada 57 keluarga di daerah Dungun ditempatkan di empat PPS yang beroperasi sejak semalam.

Di PERAK, Sekretariat JPBN negeri dalam kenyataan malam ini memaklumkan, jumlah mangsa banjir di negeri itu kekal 34 orang daripada 11 keluarga, dan mangsa dari Kampung Pulau Misa ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Teluk Kepayang, Bota di Perak Tengah sejak 2 Dis lepas.

Di JOHOR, Pengerusi JPBN negeri Tan Sri Dr Azmi Rohani dalam kenyataan malam ini memaklumkan, 139 mangsa banjir daripada 38 keluarga masih berlindung di tiga PPS yang beroperasi di dua daerah terjejas iaitu Tangkak dan Segamat, akibat bencana itu.

Beliau berkata di Tangkak, 54 orang daripada 12 keluarga berteduh di PPS SK Simpang Lima Darat, manakala dua PPS di Segamat iaitu Balai Raya Kampung Batu Badak dan PPS Dewan Komuniti Kampung Tasek, masing-masing menempatkan 40 orang daripada 12 keluarga dan 45 orang daripada 14 keluarga. – BERNAMA

Related Articles

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI
Nasional

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI

Panel Pencegahan Penipuan Digital, Ts Lukas J. Tan KUALA LUMPUR, 27 April-...

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta
Nasional

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta

FOTO IPD SERI ALAMJOHOR BAHRU, 27 April- Seorang pelajar lelaki maut, manakala...

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91
Nasional

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91

FOTO FB Sultan Ibrahim Sultan IskandarKUALA LUMPUR, 27 April- Yang di-Pertuan Agong,...

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme
Nasional

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan bergambar bersama anggota Kawalan Kehormatan...