Home Ekonomi Indeks utama FBM KLCI dijangka cecah 1,800 mata akhir tahun depan
Ekonomi

Indeks utama FBM KLCI dijangka cecah 1,800 mata akhir tahun depan

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 10 Disember- MIDF Research menjangkakan indeks utama FBM KLCI akan terus meningkat dan mencecah 1,800 mata menjelang akhir tahun 2025.

Peningkatan itu bakal disokong aliran masuk dana asing, prestasi makro ekonomi dan pertumbuhan asas positif dalam pendapatan korporat.

Ketua Penyelidikan MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkata, pendapatan konsensus FBM KLCI dijangka berkembang kepada 3.1 peratus tahun ini dan 9 peratus tahun depan.

\”Jadi kita akan melihat pertumbuhan pendapatan yang meluas dari segi FBM KLCI, antara sektornya termasuklah perbankan,\” katanya.

Bursa tempatan katanya, menunjukkan prestasi menggalakkan sepanjang tahun ini, dengan FBM KLCI mencatat kenaikan 11 peratus, setakat 4 Disember lalu.

Bercakap pada sidang media taklimat unjuran pasaran MIDF untuk tahun 2025, jelasnya Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka berkembang 4.6 peratus pada 2025.

2025 juga dijangka menjadi tahun pemulihan yang stabil dan lebih kukuh untuk Malaysia, dengan peluang pertumbuhan baharu dari aspek domestik dan global.

Related Articles

Ekonomi

MGA galak pembelian barang kemas sebagai pelaburan jangka panjang

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 26 April- Persatuan Emas Malaysia (MGA) menyarankan orang ramai...

Ekonomi

Pelabur AS kekal komited, perkukuh aspirasi Malaysia jadi hab semikonduktor global

FOTO FB Tengku ZafrulKUALA LUMPUR, 26 April- Walaupun berdepan cabaran geopolitik dan...

Ekonomi

Malaysia perkukuh peranan sebagai hab halal global di Expo Osaka 2025

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 26 April- Malaysia kekal komited memperkukuh kerjasama antarabangsa serta...

Ekonomi

Pasaran getah kekal lengang, peniaga tumpu tambah stok minggu depan

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 26 April – Pasaran getah Malaysia dijangka...