Thursday , 2 January 2025
Home Pasaran BURSA MALAYSIA DIBUKA RENDAH DI TENGAH-TENGAH PRESTASI BERCAMPUR-CAMPUR DI WALL STREET
Pasaran

BURSA MALAYSIA DIBUKA RENDAH DI TENGAH-TENGAH PRESTASI BERCAMPUR-CAMPUR DI WALL STREET

BURSA MALAYSIA DIBUKA RENDAH DI TENGAH-TENGAH PRESTASI BERCAMPUR-CAMPUR  DI WALL STREET

Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Livevartha) — Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di Wall Street pada Jumaat lepas, dengan sentimen pasaran kekal optimis berikutan jangkaan penurunan kadar.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 9.66 mata kepada 1,603.59 daripada 1,613.25 semasa ditutup pada Jumaat.

Indeks itu dibuka 2.63 mata lebih rendah kepada 1,610.62.

Sentimen pasaran tidak berubah, dengan kaunter untung dan rugi pada 201 manakala 367 kaunter tidak berubah, 1,707 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan sebanyak 318.51 juta unit bernilai RM135.22 juta

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata hasil 10 tahun Amerika Syarikat (AS) susut kepada 4.149 peratus.

\”Di Hong Kong, Indeks Hang Seng melonjak hampir kepada paras 20,000 berikutan peniaga bersiap sedia berdepan mesyuarat dasar ekonomi China yang dijadualkan pada bulan ini untuk merancakkan semula penggunaan domestik dan menangani perang perdagangan dengan AS,\” katanya kepada Livevartha.

Di dalam negara, berikutan FBM KLCI ditutup rendah pada Jumaat lepas selepas aliran meningkat selama tiga hari, Thong terus berharap pengumpulan saham akan berterusan.

\”Walaupun indeks masih kekal dalam fasa konsolidasi, kami terus berharap pengumpulan saham akan berterusan memandangkan bursa tempatan kini bergerak pada penilaian menarik sebanyak 14.5 kali nisbah harga kepada pendapatan berdasarkan angka 2025.

Related Articles

Bursa Malaysia Alami Prestasi Rendah Ketika Awal Dagangan Hari Terakhir 2024
Pasaran

Bursa Malaysia Alami Prestasi Rendah Ketika Awal Dagangan Hari Terakhir 2024

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Livevartha) — Indeks utama Bursa Malaysia dibuka sedikit...

Niaga Hadapan MSM Rendah Susulan Program Biobahan Api Indonesia Mulai Januari
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Rendah Susulan Program Biobahan Api Indonesia Mulai Januari

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 31 Dis (Livevartha)...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Bercampur-campur
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 31 Dis(Livevartha) — Niaga hadapan emas diBursa Malaysia Derivatives ditutup...

Ringgit Dibuka Tinggi Walaupun Permintaan Terhadap Mata Wang Selamat Meningkat
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Walaupun Permintaan Terhadap Mata Wang Selamat Meningkat

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 31 Dis (Livevartha) — Ringgit...