Wednesday , 23 April 2025
Home Pasaran KONTRAK NIAGA HADAPAN MSM DITUTUP BERCAMPUR-CAMPUR EKORAN EKSPORT LEMAH
Pasaran

KONTRAK NIAGA HADAPAN MSM DITUTUP BERCAMPUR-CAMPUR EKORAN EKSPORT LEMAH

KONTRAK NIAGA HADAPAN MSM DITUTUP BERCAMPUR-CAMPUR EKORAN EKSPORT LEMAH

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur pada Isnin berikutan penurunan eksport, kata peniaga.

Beliau berkata prestasi itu turut menjejaki pergerakan lemah pasaran minyak kacang soya di Lembaga Dagangan Chicago (CBOT), kata peniaga.

Peniaga minyak sawit David Ng memetik syarikat penyelidik bebas AmSpec Agri Malaysia yang melaporkan eksport minyak sawit Malaysia bagi tempoh 1 hingga 30 Nov lepas susut 10.35 peratus bulan ke bulan berikutan permintaan bermusim minyak sawit yang lebih rendah.

\”Kami mendapati harga MSM disokong pada RM5,000 satu tan dan paras rintangan pada RM5,200 satu tan,\” katanya kepada Livevartha.

Pada penutupan dagangan hari ini, kontrak bagi serahan bulan semerta Disember 2024 susut RM28 kepada RM5,308 satu tan, Januari 2025 turun RM28 kepada RM5,214 satu tan manakala Februari 2025 kurang RM8 kepada RM5,120 satu tan.

Serahan pada Mac 2025 pula meningkat RM11 kepada RM4,994 satu tan, April 2025 menokok RM13 kepada RM4,832 satu tan dan Mei 2025 naik RM9 kepada RM4,671 satu tan.

Jumlah dagangan berkurang kepada 64,219 lot daripada 65,864 lot pada Jumaat minggu lepas, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 236,476 kontrak daripada 229,527 kontrak.

Harga MSM fizikal bagi Disember Selatan menokok RM10 kepada RM5,380 satu tan.

— Livevartha

Related Articles

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan
Pasaran

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi kemudiannya...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Minyak Mentah Lemah, Ringgit Mengukuh
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Minyak Mentah Lemah, Ringgit Mengukuh

Kredit: MPOC Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha)...

Emas Ditutup Tinggi Di Tengah-tengah Kebimbangan Kestabilan Politik, Ekonomi Global
Pasaran

Emas Ditutup Tinggi Di Tengah-tengah Kebimbangan Kestabilan Politik, Ekonomi Global

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha) — Kontrak niaga...

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) — Ringgit dijangka...