Friday , 27 December 2024
Home Ekonomi Sime Motors buka pusat 3S BYD pertama di Malaysia Timur
Ekonomi

Sime Motors buka pusat 3S BYD pertama di Malaysia Timur

Sime Motors buka pusat 3S BYD pertama di Malaysia Timur

PUSAT 3S BYD Malaysia Timur yang pertama di Kota Kinabalu, Sabah.

PETALING JAYA: Sime Motors, pengedar rasmi kereta BYD di Malaysia mengumumkan pembukaan pusat jualan, servis dana alat ganti (3S) BYD Malaysia Timur yang pertama di Kota Kinabalu, dikendalikan oleh wakil penjual sahnya, Regas EV Sabah.

Menurut kenyataan, pembukaan itu menandakan satu mercu jaya penting dalam usaha untuk membawakan penyelesaian pengangkutan elektrik dan rendah karbon BYD kepada penduduk Sabah. 

“Pencapaian ini sesungguhnya menandakan pertumbuhan mantap BYD di seluruh Malaysia dan komitmennya untuk menyediakan perkhidmatan pelanggan cemerlang dalam pasaran kenderaan elektrik (EV) yang pantas berkembang di Malaysia Timur.

“Pusat 3S BYD itu terletak secara strategik di tengah-tengah Kota Kinabalu, kemudahan 3S terkini ini meliputi ruang seluas 1,288 meter persegi, menawarkan pilihan perkhidmatan serba lengkap, termasuk khidmat rundingan jualan, pandu uji kenderaan dan sokongan selepas jualan. 

 “Dalam pada itu, BYD Kota Kinabalu berbangga menjadi salah satu daripada Pusat EV pertama di Sabah yang dilengkapi dengan dua unit Pengecas Super DC yang menyediakan empat pistol pengecas. 

“Kemudahan pengecas canggih ini dapat membekalkan kuasa sehingga 180kW, sedia menjanjikan pengalaman pengecasan yang pantas dan cekap bagi pelanggan,” katanya. 

Pengarah Urusan Peruncitan dan Pengedaran, Asia Tenggara, Sime Motors, Jeffrey Gan berkata, sebagai pengedar rasmi kereta BYD di Malaysia, Sime Motors amat berbesar hati bekerjasama dengan Regas EV Sabah untuk melancarkan Pusat 3S BYD baharu di Malaysia Timur.

“Inisiatif ini mengukuhkan lagi komitmen kami untuk menyediakan pengalaman pelanggan terbaik sambil kami berusaha memenuhi keperluan masyarakat di Sabah yang kian berubah. 

“Kami amat menghargai kesetiaan dan kepercayaan yang diletakkan oleh para pelanggan terhadap kami dan terus bertekad untuk mengatasi jangkaan mereka,” katanya. 

Semantara itu, Pengarah Urusan Regas EV Sabah, Datuk Matthew Tan berkata, pusat 3S itu bukan satu kemudahan biasa semata-mata.

“Ia merupakan komitmen untuk usaha memenuhi matlamat peralihan Sabah ke arah kaedah pengangkutan elektrik dan penyelesaian rendah karbon berpandangan jauh, dipacu oleh teknologi bertaraf dunia BYD,” katanya. 

Pusat 3S BYD baharu terletak di lokasi strategik di Lot 33, Taman Perindustrian Sedco, Jalan Lintas, 88450 Kota Kinabalu, memudahkan kunjungan pelanggan.-UTUSAN

Related Articles

Pinjaman perniagaan dijangka meningkat 6.4% pada  2025
Ekonomi

Pinjaman perniagaan dijangka meningkat 6.4% pada  2025

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Pertumbuhan pinjaman perniagaan di Malaysia dijangka meningkat sebanyak 6.4...

Dividen ASB naik, bukti pemulihan ekonomi yang mapan
Ekonomi

Dividen ASB naik, bukti pemulihan ekonomi yang mapan

PEMANDANGAN dari udara bangunan Merdeka 118. PETALING JAYA: Pengagihan pendapatan sebanyak 5.75...

Bank Islam sasar RM28b pembiayaan mampan pada 2025
Ekonomi

Bank Islam sasar RM28b pembiayaan mampan pada 2025

MENARA Bank IslamPETALING JAYA: Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) menetapkan sasaran...

Ekonomi

Integrasi sumber, kelebihan pacu pertumbuhan inklusif ASEAN

Dr. Zokhri IdrisKUALA LUMPUR, 26 Disember- ASEAN perlu mengintegrasikan sumber dan kelebihannya,...