Monday , 23 December 2024
Home Nasional KPKT mahu PBT segerakan warta tanah lapang awam
Nasional

KPKT mahu PBT segerakan warta tanah lapang awam

KPKT mahu PBT segerakan warta tanah lapang awam

Menteri KPKT, Nga Kor Ming (kiri) melawat pameran pada Majlis Pencapaian Landskap Negara 2024 dan Pelancaran Dasar Landskap Negara 2.0 di Taiping/ BERNAMA

TAIPING, 8 Disember– Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mahu pihak berkuasa tempatan (PBT) menyegerakan proses pewartaan tanah lapang awam di kawasan masing-masing bagi mengelak ia disalahgunakan.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, berdasarkan statistik terkini Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLAN Malaysia), lebih 20,000 hektar tanah lapang awam di seluruh negara yang boleh dibangunkan.

Beliau berkata, daripada jumlah itu hanya 39 peratus telah diwartakan, manakala selebihnya masih belum diwartakan.

\”Oleh kerana itu, saya telah arahkan semua PBT perlu wartakan pada tahun depan supaya bila diwartakan sebagai tanah lapang awam, ia tidak boleh disalahgunakan lagi dan itu boleh dijadikan tapak yang sesuai, yang boleh diberi peruntukan oleh Jabatan Landskap Negara serta jabatan kerajaan tempatan untuk bangunkan sebagai taman, sebagai ruang terbuka untuk kegunaan komuniti serta warga penduduk setempat\”, katanya.

Tambahnya, tanah lapang awam yang tidak diwartakan akan membuka ruang dan peluang disalahguna termasuk dijadikan pusat komersial, membina kedai dan sebagainya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Sentuhan Kejayaan KPKT 2024 untuk Jabatan Lanskap Negara dan Pelancaran Dasar Lanskap Negara 2.0 di Taiping, Perak.

Related Articles

Mayat anggota polis lemas di tali air, ditemukan
Nasional

Mayat anggota polis lemas di tali air, ditemukan

FOTO FAIL IPOH, 23 Disember – Anggota polis yang hilang selepas dihanyutkan...

Penjawat awam diingatkan mohon pinjaman melalui koperasi sah
Nasional

Penjawat awam diingatkan mohon pinjaman melalui koperasi sah

Presiden Angkasa, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMPETALING JAYA,...

2024: Kerajaan Madani laksana pelbagai rancangan strategik, lonjak ekonomi negara
Nasional

2024: Kerajaan Madani laksana pelbagai rancangan strategik, lonjak ekonomi negara

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 22 Disember-Kerajaan...

Thailand: Pelancong Malaysia hanya dibenarkan guna tiga pintu masuk dari Kelantan
Nasional

Thailand: Pelancong Malaysia hanya dibenarkan guna tiga pintu masuk dari Kelantan

Pihak berkuasa Thailand hanya membenarkan pelancong dari Malaysia menggunakan tiga pintu masuk...