Monday , 23 December 2024
Home Nasional Penduduk terjejas banjir di lima negeri terus menurun malam ini
Nasional

Penduduk terjejas banjir di lima negeri terus menurun malam ini

Penduduk terjejas banjir di lima negeri terus menurun malam ini

Penduduk, Mohd Hazwan Yahaya, 34, membersihkan lumpur di kediamannya setelah banjir mulai surut ketika tinjauan di Kampung Pulau Rusa di Kuala Terengganu, Terengganu pada 3 Disember lepas/BERNAMA

KUALA LUMPUR, 8 Disember- Situasi banjir di Kelantan, Kedah, Johor, Perak dan Melaka semakin pulih apabila jumlah penduduk berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di lima negeri itu terus berkurangan malam ini.

Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan hanya satu jajahan di KELANTAN yang masih terjejas banjir iaitu Pasir Mas membabitkan 43 orang (12 keluarga) di satu PPS setakat 8.00 malam ini, berbanding 111 orang petang tadi.

Di KEDAH, Portal Bencana Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan jumlah penduduk terjejas di negeri itu berkurangan kepada 254 orang (64 keluarga) malam ini, berbanding 352 (92 keluarga), petang tadi.

Kesemua mereka adalah penduduk di daerah Kota Setar yang masih berlindung di sebuah PPS setakat 8.00 malam ini.

Situasi banjir di JOHOR turut menunjukkan perkembangan positif dengan jumlah penduduk terjejas berkurangan kepada 113 orang setakat 10.00 malam ini, berbanding 208 orang petang tadi.

Begitu juga di PERAK menurun kepada 116 orang (39 keluarga) malam ini berbanding 131 (45 keluarga) petang tadi, manakala MELAKA berkurangan kepada 11 orang (empat keluarga) berbanding 17 orang (lima keluarga) petang tadi.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan yang dijangka berlaku di beberapa negeri bermula hari ini hingga Rabu, 11 Disember ini.

METMalaysia dalam kenyataan memaklumkan hujan berterusan dijangka melanda Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling), Perak (Hulu Perak), Kelantan, dan Terengganu, dari Ahad hingga Rabu ini.

Selain itu, hujan berterusan turut dijangka melanda Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin) serta Johor (Mersing dan Kota Tinggi) bermula Isnin hingga Rabu.

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan risiko kesan buruk hujan berterusan.

Related Articles

Mayat anggota polis lemas di tali air, ditemukan
Nasional

Mayat anggota polis lemas di tali air, ditemukan

FOTO FAIL IPOH, 23 Disember – Anggota polis yang hilang selepas dihanyutkan...

Penjawat awam diingatkan mohon pinjaman melalui koperasi sah
Nasional

Penjawat awam diingatkan mohon pinjaman melalui koperasi sah

Presiden Angkasa, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMPETALING JAYA,...

2024: Kerajaan Madani laksana pelbagai rancangan strategik, lonjak ekonomi negara
Nasional

2024: Kerajaan Madani laksana pelbagai rancangan strategik, lonjak ekonomi negara

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 22 Disember-Kerajaan...

Thailand: Pelancong Malaysia hanya dibenarkan guna tiga pintu masuk dari Kelantan
Nasional

Thailand: Pelancong Malaysia hanya dibenarkan guna tiga pintu masuk dari Kelantan

Pihak berkuasa Thailand hanya membenarkan pelancong dari Malaysia menggunakan tiga pintu masuk...