Home Nasional Hanya 0.13 peratus penjawat awam tidak tandatangani SSPA
Nasional

Hanya 0.13 peratus penjawat awam tidak tandatangani SSPA

Hanya 0.13 peratus penjawat awam tidak tandatangani SSPA

Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz/RTM

BATU KAWAN, 8 Disember- Seramai 1,400 penjawat awam daripada 1.5 juta tidak menandatangani Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) selepas tempoh opsyen selama 40 hari berakhir pada 30 November lalu.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz menyifatkan jumlah itu sebagai kecil mewakili hanya 0.13 peratus daripada keseluruhan penjawat awam.

Menurut beliau, penjawat awam diberi kebebasan untuk membuat pilihan dan kerajaan tidak memaksa mereka menerima skim tersebut.

Namun, mereka yang tidak memilih SSPA tidak dapat menikmati pelbagai kelebihan yang ditawarkan dalam sistem baharu itu.

\”Jumlah yang menolak sangat kecil, hanya 1,400 daripada 1.5 juta. Saya percaya mereka mempunyai pertimbangan tertentu, tetapi kita tidak memaksa,\” katanya pada sidang media selepas Majlis Penutup Kampung Angkat Madani JPA di Pulau Aman di sini hari ini.

SSPA diperkenalkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2024 pada 13 September lalu, sebagai usaha kerajaan beralih daripada Sistem Saraan Malaysia (SSM) kepada Sistem Saraan Baru (SSB).

Untuk memastikan kefahaman jelas, kerajaan turut mewujudkan Pusat Panggilan Setempat SSPA pada 12 November serta mengadakan 54 sesi libat urus.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....