Home Nasional Situasi banjir di lima negeri semakin pulih
Nasional

Situasi banjir di lima negeri semakin pulih

Situasi banjir di lima negeri semakin pulih

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 9 Disember-Situasi banjir di Kelantan, Kedah, Johor, Perak dan Melaka semakin pulih apabila jumlah penduduk berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di lima negeri itu terus berkurangan pagi ini.

Manakala Negeri Sembilan menjadi negeri terbaharu yang dilanda banjir.

Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan hanya satu jajahan di KELANTAN yang masih terjejas banjir iaitu Pasir Mas membabitkan 43 orang (12 keluarga) di satu PPS setakat pukul 6.00 pagi tadi.

Di KEDAH, jumlah penduduk terjejas di negeri itu meningkat sedikit kepada 352 orang (64 keluarga).

Kesemua mereka adalah penduduk di daerah Kota Setar yang masih berlindung di sebuah PPS setakat pukul 6.00 pagi tadi.

Situasi banjir di JOHOR turut menunjukkan perkembangan positif dengan jumlah penduduk terjejas berkurangan kepada 109 orang setakat pukul 6.00 pagi ini, berbanding 113 orang malam tadi (Ahad).

Di PERAK bilangan penduduk terjejas banjir meningkat sedikit kepada 117 orang (39 keluarga) pagi tadi berbanding 116 (39 keluarga) malam tadi (Ahad).

Manakala MELAKA tidak berubah iaitu 11 orang (empat keluarga) setakat pukul 6.00 pagi tadi.

Di NEGERI SEMBILAN, kira-kira 19 penduduk terjejas daripada lima keluarga berlindung di satu PPS di Tampin.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan yang dijangka berlaku di beberapa negeri bermula hari ini hingga Rabu, 11 Disember ini.

METMalaysia dalam kenyataan memaklumkan hujan berterusan dijangka melanda Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling), Perak (Hulu Perak), Kelantan, dan Terengganu, dari Ahad hingga Rabu ini.

Selain itu, hujan berterusan turut dijangka melanda Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin) serta Johor (Mersing dan Kota Tinggi) bermula Isnin hingga Rabu.

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan risiko kesan buruk hujan berterusan.

Related Articles

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI
Nasional

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI

Panel Pencegahan Penipuan Digital, Ts Lukas J. Tan KUALA LUMPUR, 27 April-...

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta
Nasional

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta

FOTO IPD SERI ALAMJOHOR BAHRU, 27 April- Seorang pelajar lelaki maut, manakala...

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91
Nasional

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91

FOTO FB Sultan Ibrahim Sultan IskandarKUALA LUMPUR, 27 April- Yang di-Pertuan Agong,...

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme
Nasional

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan bergambar bersama anggota Kawalan Kehormatan...