Monday , 23 December 2024
Home Nasional MOF, KPM kerjasama salur sumbangan segera baik pulih sekolah terjejas banjir
Nasional

MOF, KPM kerjasama salur sumbangan segera baik pulih sekolah terjejas banjir

MOF, KPM kerjasama salur sumbangan segera baik pulih sekolah terjejas banjir

Menteri Kewangan II Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan membuat lawatan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Lengkuas di Alor Setar, Kedah/Foto BERNAMA

POKOK SENA, 8 Disember – Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Pendidikan (KPM) akan bekerjasama bagi menyalurkan bantuan segera bagi membaik pulih sekolah yang terjejas akibat banjir.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata langkah itu bertujuan membolehkan sekolah yang terlibat dapat kembali beroperasi secepat mungkin.

Menurut Datuk Seri Amir Hamzah, selain itu, Skuad Ihsan MADANI MOF bersama 120 ahli turun padang melakukan pembersihan di Sekolah Kebangsaan (SK) Lengkuas, SK Suka Menanti, SK Seri Amar Diraja dan Klinik Desa Sungai Baru, pada Sabtu.

“Program ini adalah inisiatif MOF sebagai tanda kebersamaan kementerian dengan komuniti yang diuji dengan musibah.

“Selain itu, ia juga bertujuan menyemarak semangat tolong-menolong antara agensi kerajaan, syarikat swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk turut menyinsing lengan membantu mangsa terjejas banjir.

“Tujuan program ini adalah bagi membolehkan bantuan disampaikan dengan segera terus kepada mereka yang benar-benar memerlukan,” katanya ketika ditemui selepas meninjau Skuad Ihsan MADANI melakukan kerja pembersihan di Sekolah Kebangsaan (SK) Lengkuas di sini, pada Sabtu.

Skuad berkenaan terdiri daripada tenaga kerja MOF, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), CIMB Bank dan GLC Demi Rakyat dan Negara (GDRN).

Dalam pada itu, MOF turut menyampaikan sumbangan penggantian permaidani bagi Masjid Suka Menanti dan Masjid Kariah Derang.

Manakala sebanyak 1,300 bantuan bakul makanan turut diberikan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) SK Gunung dan SK Sri Gunung.

Bantuan lain termasuk keperluan pembersihan diri, tilam, tikar, penggantian peralatan rosak di masjid, jet air, but kalis air, sarung tangan dan topeng muka untuk kegunaan semasa kerja-kerja pembersihan.

Related Articles

Mayat anggota polis lemas di tali air, ditemukan
Nasional

Mayat anggota polis lemas di tali air, ditemukan

FOTO FAIL IPOH, 23 Disember – Anggota polis yang hilang selepas dihanyutkan...

Penjawat awam diingatkan mohon pinjaman melalui koperasi sah
Nasional

Penjawat awam diingatkan mohon pinjaman melalui koperasi sah

Presiden Angkasa, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMPETALING JAYA,...

2024: Kerajaan Madani laksana pelbagai rancangan strategik, lonjak ekonomi negara
Nasional

2024: Kerajaan Madani laksana pelbagai rancangan strategik, lonjak ekonomi negara

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 22 Disember-Kerajaan...

Thailand: Pelancong Malaysia hanya dibenarkan guna tiga pintu masuk dari Kelantan
Nasional

Thailand: Pelancong Malaysia hanya dibenarkan guna tiga pintu masuk dari Kelantan

Pihak berkuasa Thailand hanya membenarkan pelancong dari Malaysia menggunakan tiga pintu masuk...