IPOH, 6 Disember- Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak menubuhkan Jawatankuasa Penyiasatan Bebas bagi menyiasat dakwaan seorang doktor di negeri itu dipukul oleh seorang pembantu perubatan pada Jun lalu.
Pengarahnya, Dr Feisul Idzwan Mustapha berkata ia ditubuhkan selepas Jawatankuasa Siasatan Dalaman mendapati terdapat asas terhadap aduan tersebut.
Tambah beliau, surat teguran juga telah dihantar kepada pegawai terbabit pada 31 Julai lepas
\”Kami memandang serius sebarang perlakuan buli atau kekerasan, dengan dasar toleransi sifar terhadap sebarang bentuk kekerasan di tempat kerja,” katanya dalam kenyataan di sini pada katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.
Selain itu, Feisul memaklumkan bahawa pihak JKN turut menawarkan perkhidmatan kaunseling kepada pengadu.
Terdahulu, doktor dikenali \’Aidid Nawawi Ghazali\’ memuat naik hantaran di media sosial mendakwa dipukul oleh seorang pembantu perubatan ketika sedang merawat pesakit perempuan di wad kecemasan di sebuah hospital di Gerik.