Monday , 23 December 2024
Home Ekonomi Bursa Malaysia dibuka meningkat sedikit ketika Wall Street lemah
Ekonomi

Bursa Malaysia dibuka meningkat sedikit ketika Wall Street lemah

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 6 Disember- Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan mencatat peningkatan kecil di tengah-tengah prestasi semalaman Wall Street yang lebih lemah.

Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 1.05 mata kepada 1,616.69 daripada paras 1,615.64 yang dicatat semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka menokok 0.21 mata kepada 1,615.85.

Sentimen pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 164 berbanding 119 manakala 267 kaunter tidak berubah, sebanyak 1,926 tidak diniagakan dan 12 lagi digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 102.97 juta unit bernilai RM61.85 juta.

Rakuten Trade Sdn Bhd berkata aktiviti belian pada masa ini dijangka berterusan dan optimis tindakan penjualan oleh pelabur asing tidak akan menjejaskan aliran peningkatan semasa.

“Indeks petunjuk utama itu masih berada dalam fasa konsolidasi dan perlu memecahkan paras 1,630 sebelum bursa tempatan dapat bergerak ke paras lebih tinggi.

“Pada hari ini, kami menjangkakan indeks itu bergerak dalam julat 1,610-1,620,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Saham wajaran tinggi seperti Maybank dan CIMB masing-masing tidak berubah pada RM10.22 dan RM8.19; Public Bank dan Tenaga Nasional susut dua sen pada RM4.55 dan RM13.58 manakala IHH turun tiga sen kepada RM7.30.

Bagi saham aktif, Zen Tech dan CN Asia turun setengah sen kepada 0.5 sen dan lima sen, Velesto tidak berubah pada 15.5 sen, Nationgate menokok dua sen kepada RM2.44 dan Supermax meraih satu sen kepada 99.5 sen.

Di papan indeks pula Indeks FBM Emas naik 10.32 mata kepada 12,338.52, Indeks FBMT 100 menokok 10.22 mata kepada 12,024.50 dan Indeks FBM 70 melonjak 24.37 mata kepada 18,289.91.

Indeks FBM Emas Shariah meraih 12.09 mata kepada 12,316.19 manakala Indeks FBM ACE meningkat 2.12 mata kepada 5,246.88.

Prestasi sektor menyaksikan Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan sebanyak 28.03 mata kepada 19,164.98; Indeks Perladangan naik 9.87 mata kepada 7,788.12; Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.09 mata kepada 175.41 manakala Indeks Tenaga meraih 1.09 mata kepada 821.65.- Livevartha

Related Articles

Ekonomi

Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar AS

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 23 Disember – Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding...

Jualan kek bento ala Korea meningkat 20 peratus selepas peroleh sijil halal
Ekonomi

Jualan kek bento ala Korea meningkat 20 peratus selepas peroleh sijil halal

NOR Hasheera Hanafi belajar membuat kek daripada ibu mertuanya.PETALING JAYA: Pengusaha bakeri,...

Ekonomi

Langkah interim BNM bantu imbangi kos penjagaan kesihatan

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 22 Disember – Langkah interim yang diperkenalkan Bank Negara...

Ekonomi

Pasaran MSM dijangka alami sentimen tidak menentu minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 21 Disember- Pasaran minyak sawit mentah (MSM) dijangka mengalami...