Home Ekonomi Harga minyak sawit diramal berlegar antara RM4,000 hingga RM5,000 setan tahun hadapan
Ekonomi

Harga minyak sawit diramal berlegar antara RM4,000 hingga RM5,000 setan tahun hadapan

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 6 Disember- Majlis Negara-negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) meramalkan harga minyak sawit berlegar antara RM4,000 hingga RM5,000 setiap tan, tahun hadapan.

Unjuran julat harga itu berdasarkan pengeluaran yang tidak stabil di pasaran utama, khususnya Indonesia dan Malaysia.

Permintaan global yang meningkat akan menyebabkan ketidakstabilan pengeluaran.

Ini berkemungkinan mengakibatkan kekurangan bekalan, lantas mendorong harga lebih tinggi.

Ketika ini, paras harga semasa sekitar RM5,000 satu tan, mungkin bersifat sementara.

Sebahagian besarnya disebabkan peningkatan sentimen pasaran, yang dipengaruhi bencana banjir.

Cuaca tidak menentu dan pengembangan terhad ke kawasan ladang baharu dijangka menjejaskan lagi bekalan global dan memacu kenaikan harga.

Sementara itu, usaha sedang dijalankan untuk membawa Thailand, pengeluar minyak sawit ketiga terbesar dunia, menyertai CPOPC.

Penyertaan Thailand membolehkan negara anggota mengawal sehingga 95 peratus pengeluaran minyak sawit global dan mengukuhkan lagi pengaruh dalam pasaran.

Related Articles

Ekonomi

Dolar AS rendah dorong ringgit dibuka tinggi

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 25 April- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada...

Inflasi dijangka kekal 2.4 peratus
Ekonomi

Inflasi dijangka kekal 2.4 peratus

INFLASI dijangka kekal 2.4 peratus tahun ini. – GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Kadar...

OPR diunjur turun kepada 2.75 peratus Julai ini
Ekonomi

OPR diunjur turun kepada 2.75 peratus Julai ini

KADAR Dasar Semalaman (OPR) dijangka turun kepada 2.75 peratus pada Julai ini...

Ekonomi

Pasaran getah ditutup bercampur-campur ketika harga minyak mentah stabil

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 24 April– Pasaran getah Malaysia diniagakan bercampur-campur hari ini,...