Home Ekonomi Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil dengan sokongan operasi BNM
Ekonomi

Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil dengan sokongan operasi BNM

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 6 Disember- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil pada Jumaat berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM26.27 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam berjumlah RM28.81 bilion.

Bank pusat itu akan menawarkan dua tender repo berbalik merangkumi RM3.0 bilion bagi tempoh tujuh hari, RM2.5 bilion selama 31 hari dan RM1.0 bilion bagi tempoh 90 hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh seminggu, sebulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM32.8 bilion dan Murabahah semalaman sehingga RM28.8 bilion.- Livevartha

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....