Home Ekonomi Pasaran getah ditutup tinggi, SMR 20 tertinggi sejak 2017
Ekonomi

Pasaran getah ditutup tinggi, SMR 20 tertinggi sejak 2017

Foto Hiasan / Livevartha

KUALA LUMPUR, 6 Disember- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Jumaat, dengan harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) mencecah paras tertinggi sejak 2017, mencatatkan 933.5 sen sekilogram pada April, kata peniaga.

Beliau berkata kebimbangan mengenai bekalan getah asli (NR) yang terhad berikutan banjir berpanjangan di beberapa wilayah di negara pengeluar NR utama, termasuk Malaysia dan Thailand, selain kenaikan pasaran niaga hadapan serantau menyokong harga komoditi tersebut.

“Sentimen pasaran turut dipacu oleh prestasi ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang kukuh.

“Bagaimanapun, kenaikan selanjutnya dihadkan oleh penurunan harga minyak mentah dan ringgit yang kukuh berbanding dolar AS,” katanya kepada Bernama.

Agensi Meteorologi Thailand mengeluarkan amaran hujan lebat yang mungkin menyebabkan banjir kilat dari 5 hingga 6 Disember dan memaklumkan ‘petani perlu bersedia untuk berdepan dengan kerosakan tanaman’.

“Selain itu, beberapa negeri pengeluar getah di Malaysia turut terjejas teruk akibat banjir berikutan hujan yang berterusan,” katanya.

Peniaga berkata harga minyak merosot pada Jumaat, dengan permintaan rendah menjadi tumpuan selepas Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya (OPEC +) menangguhkan rancangan untuk meningkatkan bekalan dan meneruskan pengurangan pengeluaran hingga akhir 2026.

Pada tengah hari, Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan harga SMR 20 meningkat 27.5 sen kepada 933.5 sen sekilogram manakala lateks pukal menokok 1.0 sen kepada 688.5 sen sekilogram.

Pada pukul 5.00 petang, SMR 20 berada pada 936.5 sen sekilogram dan lateks pukal pada 687.5 sen sekilogram.- Livevartha

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....