Home Ekonomi Kadar jangka pendek dijangka stabil berikutan operasi BNM
Ekonomi

Kadar jangka pendek dijangka stabil berikutan operasi BNM

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 5 Disember– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM32.18 bilion dalam sistem konvensional dan RM24.86 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan menawarkan dua tender repo berbalik terdiri daripada RM3 bilion untuk tujuh hari dan RM1 bilion untuk 34 hari.

Ia akan turut melaksanakan tender repo berbalik Islam bernilai RM200 juta untuk tujuh hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4.00 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM36.2 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM25.4 bilion.- Livevartha

Related Articles

Ekonomi

Dolar AS rendah dorong ringgit dibuka tinggi

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 25 April- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada...

Inflasi dijangka kekal 2.4 peratus
Ekonomi

Inflasi dijangka kekal 2.4 peratus

INFLASI dijangka kekal 2.4 peratus tahun ini. – GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Kadar...

OPR diunjur turun kepada 2.75 peratus Julai ini
Ekonomi

OPR diunjur turun kepada 2.75 peratus Julai ini

KADAR Dasar Semalaman (OPR) dijangka turun kepada 2.75 peratus pada Julai ini...

Ekonomi

Pasaran getah ditutup bercampur-campur ketika harga minyak mentah stabil

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 24 April– Pasaran getah Malaysia diniagakan bercampur-campur hari ini,...