Home Ekonomi Malaysia capai 81 peratus ketersediaan indikator SDG 2023
Ekonomi

Malaysia capai 81 peratus ketersediaan indikator SDG 2023

Malaysia mencatatkan 81 peratus ketersediaan dalam indikator Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) setakat tahun 2023 / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 5 Disember – Malaysia mencatatkan 81 peratus ketersediaan dalam indikator Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) setakat tahun 2023, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.

Daripada 248 indikator SDG global, Malaysia mencapai 196 indikator Tersedia, manakala 28 indikator berada dalam kategori Sebahagian Tersedia dan Perlu Dibangunkan.

Sebanyak 17 indikator dikenal pasti sebagai Tidak Tersedia, sementara 7 indikator dianggap Tidak Relevan.

Jabatan Perangkaan turut memaklumkan, kementerian dan agensi menyumbang kepada 77 peratus daripada keseluruhan indikator SDG 2023.

Kerjasama dengan pertubuhan masyarakat sivil akan diperkukuh untuk mengurangkan jurang ketersediaan data dan meningkatkan data granular, terutamanya bagi empat matlamat yang mempunyai ketersediaan indikator kurang 70 peratus.

Penyediaan indikator berkualiti dianggap penting untuk mengukur dan memantau pencapaian Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) serta sebagai persediaan untuk Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13).

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....