Wednesday , 23 April 2025
Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Jangkaan Permintaan Eksport Lemah
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Jangkaan Permintaan Eksport Lemah

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Jangkaan Permintaan Eksport Lemah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 4 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah(MSM) di Bursa Malaysia Derivatives membalikkan kenaikansemalam untuk ditutup lebih rendah hari ini susulanjangkaan permintaan eksport yang lemah.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata hal ini berlaku sewaktukebimbangan eksport yang lebih perlahan mengatasi prospek pengeluaran yang lebih rendah berikutansituasi banjir yang melanda di negara ini baru-baru ini.

Dalam pada itu, memetik syarikat pemeriksa bebas,AmSpec Agri Malaysiaberkata eksport minyak sawit Malaysia untuk 1 hingga 30 Nov, 2024 susut10.35 peratus bulan ke bulan disebabkan permintaan minyak sawit yang lebih rendah secara bermusim.

“Selain itu, harga minyak kacang soya yang lebih rendah pada waktu Asia, turut mempengaruhi sentimen pasaran. Kami melihat paras sokongan untuk harga MSM pada RM4,950 satu tan dan paras rintangan pada RM5,130 satu tan,” katanya kepada Livevartha.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Disember 2024 turun RM56 kepadaRM5,287 satu tan, Januari2025 merosot RM36 kepadaRM5,176 satu tan dan Februari2025 berkurang RM43 kepadaRM5,032 satu tan.

Kontrak Mac2025 menyusut RM47 kepadaRM4,880 satu tan, April 2025 menguncupRM40 kepadaRM4,730 satu tan dan Mei2025 berkurang RM27 kepadaRM4,595 satu tan.

Jumlah dagangan melonjak kepada 119,811 lotdaripada80,392 lot semalam manakalakepentingan terbuka berkembang kepada236,748 kontrak daripada 231,466 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal untuk Disember Selatan turun RM30 kepadaRM5,350 satu tan.

Related Articles

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan
Pasaran

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi kemudiannya...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Minyak Mentah Lemah, Ringgit Mengukuh
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Minyak Mentah Lemah, Ringgit Mengukuh

Kredit: MPOC Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha)...

Emas Ditutup Tinggi Di Tengah-tengah Kebimbangan Kestabilan Politik, Ekonomi Global
Pasaran

Emas Ditutup Tinggi Di Tengah-tengah Kebimbangan Kestabilan Politik, Ekonomi Global

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha) — Kontrak niaga...

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) — Ringgit dijangka...