Monday , 23 December 2024
Home Nasional Perkukuh dakwah: Pendakwah diseru kuasai Bahasa Inggeris
Nasional

Perkukuh dakwah: Pendakwah diseru kuasai Bahasa Inggeris

Perkukuh dakwah: Pendakwah diseru kuasai Bahasa Inggeris

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) berucap pada Majlis Ilmu MADANI di Kompleks Seri Perdana / Foto Bernama

PUTRAJAYA, 4 Disember – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pendakwah agar meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris bagi memperkukuh keupayaan mereka berdebat dengan pemikir dari Eropah dan negara luar.

Beliau berkata, penguasaan bahasa yang meluas bukan sahaja memudahkan penyampaian ajaran Islam secara teratur tetapi juga membantu masyarakat antarabangsa memahaminya dengan lebih mendalam.

“Bahasa Inggeris yang mantap diperlukan untuk berbahas dengan pemikir Eropah. Penguasaan bahasa ini menjadi kekuatan untuk menyampaikan mesej Islam dengan lebih berkesan,” katanya semasa berucap dalam Majlis Ilmu MADANI di sini.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah dan Pengasas Kolej Islam Cambridge (CMC), Syeikh Dr Abdal Hakim Murad, serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na\’im Mokhtar.

Anwar turut memuji kebijaksanaan Syeikh Abdal Hakim yang menggunakan bahasa intelektual dalam menarik perhatian masyarakat Eropah terhadap Islam.

Selain itu, beliau menggesa mahasiswa dan anak muda untuk membaca buku atau kitab bersama pensyarah agar dapat memahami kandungannya dengan lebih mendalam.

Related Articles

Mayat anggota polis lemas di tali air, ditemukan
Nasional

Mayat anggota polis lemas di tali air, ditemukan

FOTO FAIL IPOH, 23 Disember – Anggota polis yang hilang selepas dihanyutkan...

Penjawat awam diingatkan mohon pinjaman melalui koperasi sah
Nasional

Penjawat awam diingatkan mohon pinjaman melalui koperasi sah

Presiden Angkasa, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMPETALING JAYA,...

2024: Kerajaan Madani laksana pelbagai rancangan strategik, lonjak ekonomi negara
Nasional

2024: Kerajaan Madani laksana pelbagai rancangan strategik, lonjak ekonomi negara

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 22 Disember-Kerajaan...

Thailand: Pelancong Malaysia hanya dibenarkan guna tiga pintu masuk dari Kelantan
Nasional

Thailand: Pelancong Malaysia hanya dibenarkan guna tiga pintu masuk dari Kelantan

Pihak berkuasa Thailand hanya membenarkan pelancong dari Malaysia menggunakan tiga pintu masuk...