KUALA LUMPUR, 2 Dis (Livevartha) — Niaga hadapan emas diBursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini berikutandibebani oleh dolar Amerika Syarikat (AS)yang lebih kukuh selain berlakupengambilan untung.
Perkara ituberlakupada waktupelabur menunggu data penting ekonomi ASuntuk menilai langkahRizab Persekutuan seterusnya mengenai dasar monetari.
Kontrak bulan semerta Disember2024 susut kepada US$2,648.80 setiap auns troy.
Dalam pada itu kontrak Januari2025 turun kepadaUS$2,656.70 setiap auns troy manakala Februari2025, Mac2025danApril 2025 semuanya ditutup pada US$2,672.30 setiap auns troy.
Jumlah dagangan meningkat kepada40lotdaripada tujuh lot pada Jumaat minggu lepas manakala kepentingan terbuka berkembang kepada 55 kontrak daripada 22 kontrak sebelumnya.
Mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 29 Nov, 2024, harga emas fizikal berada padaUS$2,651.05 setiap auns troy.
— Livevartha